Peserta Program Realiti Dedah Nyanyian Sumbangnya Dirancang Pihak Produksi

TERKINI
October 23, 2018 - 11:48 AM


Kalau korang follow rancangan reality I Can See Your Voice di NTV7 korang sedia maklum lah macam mana rancangan tu punya konsep kan.

Seorang artis akan dijemput untuk meneka peserta mana yang betul-betul boleh menyanyi pada akhir rancangan. Kalau salah teka, sumbanglah lagunya.

Baru- baru ni, seorang peserta yang menggunakan nama samara ‘Doktor Sedap’ atau nama sebenarnya Faezal Mahazir dikecam teruk oleh netizen. Nama pun netizen, apa je yang tak dikecam kan?

Semuanya gara-gara nyanyian lagu Sesat Dalam RIndu daripada Aiman Tini yang dikatakan memang ‘kelaut’ dan terlalu teruk. Namun, setelah dihubungi, Faiezal mengakui apa yang berlaku hanya lakonan yang diminta oleh pihak produksi.

“ Pihak produksi nak cari mereka yang bersuara sumbang tapi nak dapatkan yang boleh beraksi diatas pentas tanpa malu tu agak susah,” kata Faiezal. Sebab itu tawaran I Can See Your Voice itu diterima dan telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, segelintir netizen mengatakan yang sebenarnya ‘Doktor Sedap’ ni memang berbakat, kerana pernah muncul dalam beberapa program televisyen sebelum ini.

Kalau betul, susah tau orang yang pandai nyanyi nak buat-buat tak pandai nyanyi, memang terer la dia ni... Satu lagi, geng-geng penganalisis ni, gelak tak bagi chance punya... Beriye betui...