Selepas 23 Tahun Beroperasi, NTV7 Ditamatkan Siaran & Diganti Dengan TV Pendidikan

TERKINI
February 16, 2021 - 02:43 PM


Siapa dekat sini peminat saluran NTV7 yang dahulunya pernah popular dengan drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon dan Crayon Shin-chan termasuk Edisi Siasat?

Ini mungkin satu khabar menyedihkan buat anda!

Setelah bersiaran selama 23 tahun sejak 7 April 1998, NTV7 atau dikenali sebagai Natseven TV Sdn Bhd akhirnya ‘mengundur diri’ bagi memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM yang akan memulakan siaran pertamanya pada esok, Khamis (17 Februari 2021).

 

Difahamkan, DidikTV KPM yang bakal bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari adalah usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Sementara itu, ramai netizen dan juga warga kerja yang pernah berkhidmat bersama NTV7 berkongsi momen-momen manis mereka sewaktu bersama saluran tv yang terkenal dengan tagline 'I feel good'.

Antara yang memulakan karier di NTV7 adalah pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim yang turut meluahkan rasa sedih dan terima kasih di atas semua kenangan sepanjang perkidmatannya di stesen TV tersebut.


 

Destination: