Korang Belum Tengok Sendiri Video 3D Lembu Emas Yang Viral Tu? Sempat Lagi Nak Pi Pavilion Sampai Mac Ini

TERKINI
February 16, 2021 - 01:30 PM


Baru-baru ini sempena ketibaan Tahun Baru Cina telah viral di media sosial mengenai video pertunjukan animasi 3-Dimensi (3D) Lembu Emas yang pertama kali dipaparkan di skrin LED gergasi di pusat beli-belah popular, Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video yang menunjukkan imej seekor Golden Bull yang penuh semangat berjuang bagi menentang penularan wabak COVID-19 itu penuh simbolik dengan harapan membawa kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada Malaysia -- ternyata bukan sahaja viral di negara ini tetapi juga di seluruh dunia!

Bagi korang yang mungkin belum berkesempatan atau teringin melihat kehebatan tayangan 3D lembu emas yang seakan keluar merempuh dinding kaca bagi melawan pandemik COVID-19 itu, korang jangan risau kerana video tersebut masih lagi dipertontonkan kepada orang ramai sehingga bulan Mac nanti.

Lokasi paling sesuai jika korang nak melihatnya dengan jelas adalah dari air pancut di luar perkarangan Pavilion yang dipanggil 'Crystal Fountain' yang turut menjadi ikonik Pavilion KL.

Skrin LED Pavilion Elite yang memaparkan video 3D tersebut adalah berukuran 60.8 meter lebar dan 21.5 meter tinggi -- dengan ukuran keseluruhan yang menakjubkan 1,310 meter persegi serta menjadi lokasi sempurna untuk mempamerkan pertunjukan dan teknologi 3D yang canggih seperti ini.

Video Kredit: Ye Xiao

Destination: