Walt Disney, Fox Disaman Genting RM 4 Billion Kerana Pelanggaran Kontrak
TERKINIKalau ada ibu bapa tengah terfikir lokasi percutian sempena cuti sekolah 2018, dan terfikirkan pasal genting, rasanya boleh pertimbangkan semula. Sebabnya...
Satu saman telah dikemukakan terhadap Twenty-Fitst Century Fox dan Walt Disney oleh Genting Malaysia Berhad atas dakwaan pelanggaran kontrak melibatkan pembinaan taman tema dengan jenama Fox di Genting Highlands.
Fox dan Disney dikenakan saman bernilai lebih USD 1 billion (RM4.19 Billion) disebabkan ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox melanggar kontrak yang telah dimetrai sebelum ini pada tahun 2013 dengan bantuan Disney. Menurut perjanjian tersebut, ia memberikan lessen kepada Fox World untuk membina kompleks tambahan kepada Resort World Genting.
Pada 2013, 20th Century Fox World di genting akan menjadi taman tema rasmi studio berkenaan. Setidaknya, itu yang tertulis dalam perjanjian. Namun, disebabkan gabungan antara Fox dan Disney, taman tema ini seperti ‘tergantung’.
Taman tema ini bakal menampilkan pelbagai replica daripada filem-filem dibawah gabungan Fox antaranya Ice Age, Rio, dan banyak lagi.
Menurut kenyataan pihak Genting, Fox mula merancang penangguhan untuk beberapa tahun yang menyebabkan kontrak tersebut terpaksa dirunding semula. Difahamkan Disney membuat keputusan untuk menamatkan kontrak tersebut kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak menepati konsep ‘mesra keluarga’ jenama tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak Disney dan Fox setakat ini enggan mengulas apa-apa mengenai isu ini.
Nampaknya, mungkin rakyat Malaysia perlu menunggu lebih lama untuk taman tema ini siap sepenuhnya.
p/s: Hurm, cuti sekolah ni, belum boleh bawa anak-anak ke Genting, tapi dah ada indoor park nya... Ataupun cuba ke lokasi best di Malaysia untuk percutian sekeluarga musim cuti nanti