Tahun Lepas Baru Naik, Tahun Ni Harga Tiket Masuk Disneyland Lagi Mahal!

TERKINI
February 14, 2020 - 12:48 PM


Tidak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak, pasti ramai yang pernah memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke taman tema animasi popular dunia, Disneyland!

Mungkin dengan berita terbaharu ini, ramai juga yang terpaksa menangguhkan lagi impian mereka untuk menikmati keseronokan seharian di sana kerana harga tiket masuk ke Disneyland Resort tahun ini dikhabarkan naik lagi, meskipun tahun lepas telah berlaku kenaikan harga tiket kepada pengunjung.

Kalau tahun lepas, pembukaan Star Wars: Edge Galaxy dijadikan modal kenaikan harga tiket, tahun ini sekali lagi alasan pembukaan rasmi Marvel Avengers Campus tidak lama lagi dijadikan faktor untuk mengecaj harga yang lebih mahal daripada pengunjung seluruh dunia.

Menurut WDW News, selepas ini pelawat Disneyland di Anaheim, California akan dikenakan bayaran US$200 untuk tiket sehari iaitu peningkatan sebanyak 3 peratus daripada kadar semasa.

Sementara jika terkena dengan musim puncak atau peak season harganya boleh meningkat sehingga 5 peratus.

Bagi pembelian Pas Tahunan pula, harga terkini telah meningkat sebanyak 4 peratus bagi Deluxe Pass dan lebih 8 peratus untuk Pas Flex baru yang diperkenalkan pada Mei 2019.

Sementara itu, jika pengunjung ingin membeli Pasport Premier Disney yang menawarkan akses tanpa had ke taman tema Walt DisneyWorld dan Disneyland Resort, ia dijual sehingga US$2199 beserta cukai.

Berikut adalah jadual perubahan harga tiket untuk rujukan, seperti mana yang dipaparkan di WDW News:-

HARGA TIKET BAHARU 2020 MENGIKUT BILANGAN HARI  

Ticket Type Original New
1 Day – 1 Park

$104, 129, 149 (Value, Regular, Peak)

$104, 114, 124, 139, 154 (Tiers 1 – 5)
1 Day – Park Hopper $154, 179, 199 (Value, Regular, Peak) $159, 169, 179, 194, 209 (Tiers 1 – 5)
2 Day $225 $235
2 Day with Park Hopper $280 $290
3 Day $300 $310
3 Day with Park Hopper $355 $365
4 Day $325 $340
4 Day with Park Hopper $380 $395
5 Day $340 $360
5 Day with Park Hopper $395 $415

 

PAS TAHUNAN

Pass Type Original New
Select $399 $419
Flex $599 $649
Deluxe $799 $829
Signature $1149 $1199
Signature Plus $1399 $1449
Premier $2099 $2199

 

Destination: