Penggunaan Peranti Huawei, ZTE Dilarang Di Jepun

TERKINI
December 19, 2018 - 01:01 PM


Kalau korang pengguna dua jenama di atas, atau kenal kawan-kawan yang gunakan Huawei ataupun ZTE dan diorang ada perancangan nak ke Jepun, pesan-pesanlah ye. Sebabnya, dua syarikat ni ada terlibat dengan skandal keselamatan dan pengintipan sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

Puyalah serius masalah yang diwujudkan, negara Amerika Syarikat telah memboikot kedua-dua jenama tersebut. Tak cukup dengan itu, semua sekutu mereka dijemput untuk sertai boikot yang dikenakan keatas Huawei dan ZTE.

Walaupun buat masa ini belum terbukti sepenuhnya, ada beberapa negara lain dah mengambil langkah pencegahan seperti Australia, New Zealand dan juga UK. Terbaru, negara Jepun turut serta.

Jepun walaubagaimanapun mengambil langkah lebih jauh dengan meletakkan keselamatan maklumat awam yang lebih kukuh. Secara tak langsung, ini bakal menjejaskan perniagaan Huawei dan ZTE di Jepun.

Fuh, kalau sampai melakukan intipan, agak-agak kerajaan Malaysia akan boikot tak? Sebab ia dah mengancam keselamatan negara. Kan?

 

Destination: