Lihat Jawapan Ustaz Ini Apabila Mak Ayah Tanya Cara Atasi Anak-anak Nakal. Boleh Nangis Woi..

GAYA HIDUP
December 21, 2018 - 04:20 PM


Cara Mendidik Anak-anak Nakal | Anak-anak itu amanah Allah. Anak-anak juga penambah rezeki dan pengikat kasih sayang suami isteri. Meraka yang mempunyai anak bersyukurlah. Tahu tak berapa ramai di luar sana masih menunggu untuk dapatkan zuriat? Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya.

Alkisahnya untuk ibubapa yang mempunyai anak yang nakal boleh jadikan jawapan ustaz ini sebagai rujukan anda dalam mendidik anak-anak.

Ibu : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap?

Sang faqir : Ayah mereka buat apa?

Ayah : Saya pun larang juga ustaz, kadang-kadang tak sabar, rotanlah habuannya, oklah sekejap. Lepas tu, ulang balik. Naik penat dah.

Sang faqir : Anak berapa orang ya?

Ayah : 4 orang, ustaz. Semua hero.

Ibu : Lasak ustaz. Kot kalau ada ayat pelembut hati untuk anak-anak bagi dengar cakap, bagilah ustaz. Kami cuba.

Sang faqir : Umur berapa ya anak-anak?

Ibu : Yang sulung 10 tahun, yang kedua 7 tahun, yang ketiga 5 tahun, yang bongsu 3 tahun.

Sang faqir : So, sekarang nak ayat bagi anak lembut hati, dengar cakap la ye?

Ibu dan Ayah sama-sama mengangguk.

Sang faqir : Sebelum saya nak bagi ayat untuk amalan, saya ada soalan nak tanya. Boleh?

Ayah : Boleh ustaz. Boleh.

Sang faqir : Sekarang masing-masing lasak, ‘tak dengar’ cakap, rumah semak. Nak tanya, masa mereka berumur 18 atau 20 tahun, agak-agak rumah semak lagi tak? Boleh Nampak mereka berlari-lari dalam rumah tak? Ada Nampak mereka lompat-lompat atas sofa di rumah tak? Ada Nampak mereka main air dalam bilik air tak? Ada Nampak mereka tukar-tukar baju, kemudian datang depan kita, tanya kita, “mak ayah, cantik tak?” Agak-agak dalam 8 tahun lagi, ada Nampak tak semua itu dalam rumah kita?

Ibu dan ayah tertunduk diam. Si ibu menitiskan air mata. Si ayah terdiam.

Sang faqir : Fitrah anak-anak adalah bermain. Kita sebagai ibubapa tidak boleh halang fitrah tersebut. Kita boleh bentuk fitrah tersebut. Kerja dengan mereka. Komunikasi. Itulah ayat pelembut hati untuk anak-anak.

Cuba kita periksa, berapa kali dalam sehari kita baca Al Quran dengan mereka? Berapa kali kita ceritakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta Sahabat atau Para Ulama kepada mereka? Berapa kali kita sentuh anak kita dengan belaian? Berapa kali kita peluk anak kita? Berapa kali kita cium anak kita? Berapa kerap kita berbual dengan anak-anak kita? Agak-agak dalam 8 tahun lagi, kita boleh kah buat semua tu pada mereka?

Kita asyik fikir, yang kita perlukan ketenangan, ada kita fikir yang mereka perlukan kasih sayang?

Anak kita nakal, berlari sana sini, lompat sana sini. Sedarkah kita, mereka sedang menegur kita? “Mak ayah, kami kekurangan belaian, belailah kami.”

8 tahun lagi, tuan puan. 8 tahun lagi. Kita tidak akan nampak dah situasi sekarang. Yang kita Nampak waktu itu adalah kenangan tempat mereka melompat, tempat mereka berlari, tempat mereka jatuh.

Kita sebagai ibubapa bukan sekadar membilang hari untuk umur kita, tetapi kita perlu mengira hari umur anak-anak, mereka akan semakin membesar, tidak lama, jika dikira, sebentar sahaja semuanya pantas berlalu. Kenapa perlu BUANG MASA?

Bentuk mereka, main bersama mereka. Ajak mereka kerja bersama. Bukan mereka kerja untuk kita.

Melarang mereka, hanya akan sekadar membuatkan mereka lebih memberontak.

Peluklah mereka, ciumlah mereka, berbuallah dengan mereka dan belailah mereka. Kerana 8 tahun lagi, semua itu sudah terhad untuk kita lakukan.

(Ibu dan Ayah tadi menangis)

Ibu : Saya salah ustaz. Saya bukan ibu yang baik. Memang saya asyik marah saja anak, saya tak perasan pun mereka kurang belaian saya. Saya salah.

Ayah : Saya pun asyik marah-marah diorang ustaz. Tak terlewat lagi kan untuk saya ubah, ustaz?

Sang faqir : Tidak terlewat, tuan puan. Masih sempat. Tuan puan tidak salah dan bukan ibubapa yang jahat tetapi kita tidak faham. Masih sempat untuk ubah suasana.

Ayah : Terima kasih ustaz atas nasihat.

Ibu : Terima kasih ustaz.

Sang faqir : Sama-sama. BarakALLAHu Fiikum. Semoga sentiasa bahagia dalam Rahmat dan Redha ALLAH.

Mereka berlalu.

Kepada ibubapa lain. Ingatlah, 8-10 tahun bukan masa yang panjang, singkat sahaja untuk pembesaran anak-anak.

Hargai setiap detik itu. Supaya kita tidak menyesali setiap detik itu suatu masa nanti.

Wassalaam.

Sumber Facebook Muhammad Fakhri Zaki