Hammock ‘Semua-Dalam-Satu’, Bakal Pengganti Khemah ?

GAYA HIDUP
February 14, 2019 - 03:09 PM


Berkhemah menggunakan hammock bukanlah sesuatu yang baru, semakin mendapat tempat di Malaysia, kini ada beberapa acara tahunan berkaitan hammock telah diadakan di negara kita. Idea hammock ini sebenarnya datang dari pelayar yang mana mereka menggunakan kanvas untuk dijadikan ‘katil’ semasa pelayaran yang jauh.

Sekarang ni, dah banyak syarikat dan pengeluar yang menghasilkan hammock. Yang membezakan mereka adalah kualiti dan material yang digunakan untuk membuat hammock berkenaan.

Kebiasaannya, sesiapa yang gemar aktiviti luar macam hiking, camping dan sebagainya akan memilih untuk berkhemah. Sekarang ni, bila ada hammock, makin ramai yang beralih kepada hammock disebabkan saiznya yang kecil, ringan dan mudah untuk digunakan.

Salah satu syarikat yang terkenal dengna hammock yang berkualiti dan terbaik adalah Kammok. Selain mengeluarkan hammock, diorang ni jugak keluarkan aksesori-aksesori berkaitan perkhemahan macam penghadang hujan, jaring anti-nyamuk dan macam-macam lagi untuk dipadankan dengan hammock keluaran diorang.

Terbaru, Kamok mengeluarkan Mantis dan Mantis UL (ultra light). Menarik tentang dua model ini adalah ia dikatakan akan menjadi pengganti khemah sebab ia mempunyai fungsi ‘semua-dalam-satu’. Hammock, penghadang hujan, net anti-nyamuk.

Design yang dikeluarkan oleh Kammock ini direka khas untuk memberikan perlindungan semasa hujan dan cuaca yang tak menentu. Paling penting, ia mudah dan sangat cepat untuk di set-up.

Pratempah untuk kedua-dua model Mantis dan Mantis UL ini sedang diadakan di Kickstarter pada harga 189 USD (RM 768) dan 215 USD (RM769). Korang kalau berminat, boleh buat pratempah di sini.