Penang Disenarai Destinasi Pelancongan Musim Bunga Terbaik Oleh CNN Travel
TERKINIPulau Pinang telah dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan musim bunga terbaik oleh CNN Travel, di samping lokasi popular lain dunia seperti Sepanyol, Greece, Maghribi dan Jerman.
Stesen penyiaran TV Amerika Syarikat itu menyenaraikan Pulau Pinang di tangga ke-15 daripada 19 destinasi pelancongan musim bunga terbaiknya, tahun ini.
Namun, senarai itu bukan berdasarkan ‘top ranking’ sebaliknya dalam susunan abjad.
CNN Travel berkata musim bunga adalah masa yang paling sesuai untuk pelancong antarabangsa melawat Penang Hill bagi merasai sendiri "pengembaraan hutan hujan tropika asli".
Menurut CNN, hutan hujan berusia 130 juta tahun itu merupakan tempat yang menarik untuk dijelajahi, kerana ia dilengkapi dengan laluan semula jadi, berjalan kaki, dan mempunyai ‘aerial trail’ untuk melihat spesies burung eksotik.
Malah, para saintis juga menganggarkan hutan hujan tropika Malaysia itu mempunyai 20% spesies haiwan dunia dan tumbuhan yang jarang dijumpai.
Terbaiklah Malaysia, semakin gah di peta pelancongan dunia!
Jom kita tengok mana lagi lokasi menarik yang dinobatkan CNN Travel sebagai destinasi musim bunga terbaik tahun 2019.
1. Kepulauan Aegean, Greece
2. Barcelona, Sepanyol
3. Cancun, Mexico
4. Grand Canyon, Arizona
5. Keukenhof Gardens, Holland
6. Lake Tahoe, California
7. Las Vegas
8. Ledbury, United Kingdom
9. Malta, Maghribi
10. Marrakech, Morocco
11. Mendoza ke Patagonia, Argentina
12. Munich, Jerman
13. Pulau Naoshima, Jepun
14. Orlando, Florida
15. Penang, Malaysia
16. Puerto Rico
17. Queenstown, New Zealand
18. St. Louis Zoo, Missouri
19. Washington DC
Sumber: The Star & CNN Travel