Buffet Berbuka Puasa Ala Bazar Ramadan Di PNB Perdana Hotel & Suites
FOODIESuasana meriah bazar Ramadan merupakan salah satu tarikan dan ‘kerinduan’ yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua bila tiba bulan puasa. Tahun ini, bulan Ramadan akan disambut oleh orang Islam seluruh Malaysia pada 6 Jun 2019 mengikut kiraan kalendar.
Selain bazar Ramadan, antara yang sentiasa ditunggu setiap tahun adalah pelbagai promosi dan tema menarik yang dibawakan oleh rangkaian hotel-hotel di Malaysia bagi menyambut dan memeriahkan lagi suasana bulan puasa.
Menggunakan tema Bazar Pedana, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa tahun ini dengan membawakan kemeriahan suasana bazar Ramadan. Restoran Binjai 10 akan membawakan tema Bazar Perdana.
Restoran 10 Binjai di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ini akan membawakan konsep bazar Ramadan yang menampilkan setiap kaunter makanan akan dihias seakan-akan gerai di bazar Ramadan. Ini secara tidak langsung memberikan suasana seakan-akan berada di bazar Ramadan.
Untuk tahun ini, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai menu tradisional melayu di Bazar Perdana sepanjang bulan Ramadan selain menampilkan beberapa signature dish seperti Kambing Golek, Apam Balik, Satay dan juga murtabak cheese yang juga merupakan salah satu menu istimewa berbuka di Restoran 10 Binjai.
Difahamkan, terdapat variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang akan disajikan secara buffet sepanjang Ramadan di PNB Perdana. Dari segi harga, pakej promosi early bird untuk Bufet Ramadan Bazar.
Perdana di Restoran 10 Binjai berharga RM80.00 seorang dan harga sebenar ialah RM98.00 seorang. Promosi early bird ini akan tamat pada esok sebenarnya. Jadi, jika anda nakkan peluang ini, tempahlah sekarang di talian 03-74903838 atau layari www.pnbperdanaonthepark.com
Restoran Binjai 10
Alamat :
10, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Harga promosi : RM80.00 nett
Harga Biasa : RM 98.00 nett
No Untuk Tempahan : 03-74903838