Hati-Hati, Jangan Bawa Masuk Vape Jika Anda Travel Ke Negara Yang Disenaraikan Ini!
GAYA HIDUPSejak 1 Januari tahun ini, Malaysia mula menguatkuasakan larangan merokok, vape, nano stick dan shisha di semua premis makanan.
Pewartaan kawasan larangan merokok ini sebenarnya bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok yang mengandungi lebih 7,000 bahan kimia, sesetengahnya bahan karsinogenik atau penyebab kanser.
Pada mulanya, 6 bulan pertama tahun ini dinamakan sebagai ‘tempoh pendidikan’ yang memberi kelonggaran kepada si perokok untuk merokok dengan jarak 3 meter dari lokasi premis makanan.
Namun beberapa hari lalu, Kerajaan dilapor melanjutkan tempoh tersebut hingga akhir tahun ini sebelum benar-benar mendakwa mereka yang bersalah merokok di tempat diwartakan bebas asap rokok dengan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Itu undang-undang di negara kita sendiri.
Tapi tahukah bahawa jika anda bercuti atau melawat ke negara seperti dalam senarai di bawah ini, janganlah berani-berani untuk cuba bawa masuk atau menggunakan rokok, vape atau nano stick anda di sana.
Manakala senarai negara di bawah ini pula mempunyai peraturan ketat berkaitan dengan rokok elektronik.
1. Australia
2. Kanada
3. Hong Kong
4. India
5. Norway
6. Jepun
Jika anda ditahan kerana membawa atau menggunakan rokok elektronik di Singapura, anda mungkin bakal didenda sehingga RM15,000; jika di Thailand anda mungkin berdepan hukuman penjara selama 10 tahun manakala di Filipina selama 4 bulan penjara.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, pengharaman vape oleh negara jiran adalah kerana polisi kerajaan mereka yang menolak segala bahan ketagihan baharu termasuk Malaysia telah menandatangani FCTC iaitu satu perjanjian untuk mengurangkan penggunaan tembakau.
Sumber Gambar: Sarah Johnson
Jadi ingat, jika anda travel ke negara-negara yang diharamkan rokok elektronik tersebut, sebelum fly tinggalkan saja vape dan nano stick anda di rumah.
Jangan hanya kerana vape dan nano stick yang tak seberapa tu, anda terpaksa pula menghabiskan ‘percutian’ anda di jeriji besi negara orang.
Sumber: Public Health Malaysia,