Bakal Pulang Beraya Dengan Bayi Naik Pesawat? Ini Adalah Tip Terbang Bersama Bayi Yang Anda Patut Tahu

GAYA HIDUP
May 13, 2019 - 12:09 PM


Aidilfitri bakal menjelang kurang lebih 3 minggu lagi,kami yakin; pastinya mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan awam telah membuat persiapan lebih awal. Bila cerita pasal musim raya ni, pasti ada ibu bapa yang bakal memilih pengangkutan awam untuk pulang beraya mahupun yang pergi bercuti.

Untuk kita yang bujang ni, pulang ke kampung mungkin bukan menjadi masalah. Tapi, biasanya golongan yang bimbang untuk pulang ke kampung adalah ibu bapa yang mempunyai bayi.

Percayalah, mereka pasti bimbang anak mereka meragam dalam kapal terbang dan suara bayi menangis kadang kala adalah tidak menyenangkan walaupun kebanyakan penumpang akan faham akan situasi tersebut.

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk memantu ibu bapa menangani masalah anak meragam dalam pesawat ni. Secarat tak langsung ibu bapa tidak perlu risau untuk menaiki pesawat dan anak tidak atau kurang meragam ketika dalam penerbangan.

Ini tips terbang bersama bayi yang dikongsikan sendiri oleh salah seorang anak kapal Emirates.

#1. Wujudkan Suasana Tidur Selesa

Kebiasaannya, bayi atau anak kecil lebih mudah untuk tidur sekiranya mereka selesa akan persekitaran dan sebagainya. Untuk itu ibu bapa disarankan untuk menggunakan penutup mata kanak-kanak dan menutup lampu. Ini secara tak langsung akan memudahkan bayi tersebut tidur.

Selain itu, tunggu sehingga lampu kabin dimalapkan. Ini dikatakan masa paling sesuai dan optimum untuk menidurkan anak kecil dalam pesawat kerana kurang gangguan cahaya.

 

#2. Gunakan Tali Pinggang Sepanjang Masa

Seeloknya, jika tidur tidak mahu diganggu, pakaikan tali pinggang anak sebelum dia mula tidur. Ini mengelakkan tidurnya terganggu nanti.

 

#3. Fikirkan Masa Tidur Anak

Sebolehnya, pilih penerbangan yang sama waktu atau dekat dengan waktu tidur anak ketika di rumah. Ini secara tak langsung memudahkan proses mereka tidur.

 

#4. Bawa Snek

Bawalah segala snek untuk bayi atau anak kecil anda tu. Setidaknya, kalau mereka meragam, boleh ‘umpan’ dengan snek tersebut. Harap itu boleh tenangkan mereka lah.

Kalau taknak snek, apa kata bawa mainan yang boleh melekakan mereka. Tapi jangan pulak sehingga ganggu penumpang sebelah.

 

#5. Tenang

Kalau ini pengalaman pertama ibu bapa terbang bersama anak kecil, mohon tenang sepanjang perjalanan. Sebabnya memang bayi akan menangis kerana tidak selesa akan tekanan dan sebagainya. Sebenarnya,itulah cara bayi berkomunikasi dengan anda. Kebanyakan penumpang akan memahami situasi tersebut. Cuma, akan ada dua tiga orang penumpang yang akan ‘buat muka’. Senyum dan minta maaf sahaja.

 

Sumber : Mirror UK