PUSPAKOM Lakukan Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Aidilfitri 2019
GAYA HIDUPBermula esok, 24 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 (10 hari), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan memberikan pemeriksaan kenderaan percuma kepada kesemua pemilik kenderaan persenderian yang sudi melakukan pemeriksaan kenderaan secara sukarela.
Kempen yang dinamana #drivesafenoregrets ini merupakan inisiatif Puspakom dalam menggalakkan pengguna melakukan pemeriksaan yang sewajarnya kepada kenderaan mereka sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung.
Kesemua 53 pust pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara akan terlibat kecuali cawangan Shah Alam, Pasir Gudang dan Lahad Datu. Waktu operasi adalah mengikut pusat pemeriksaan masing-masing.
Dalam masa yang sama, PUSPAKOM akan mendermakan RM2 kepada beberapa rumah kebajikan terpilih bagi setiap kenderaan yang menjalani pemeriksaan di pusat-pusat pemeriksaan seluruh negara ini.
Untuk yang tidak berkesempatan ke PUSPAKOM, unit bergerak akan disediakan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan secara pecuma di beberapa kawasan iaitu :
26 Mei 2019, Ahad
i. Pasar Awam, Berapit, Pulau Pinang
ii. AEON Mall Nilai, Seremban
27 Mei 2019, Isnin
BHP Petrol, Karak, Pahang
28 Mei 2019, Selasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya
28 & 29 Mei 2019, Selasa & Rabu
Petronas Kerteh, Kuala Terengganu
29 Mei 2019, Rabu
UNISEL, Bestari Jaya, Selangor
30 Mei 2019, Khamis
Wisma DRB-HICOM, Shah Alam
Peluang macam ni diharapkan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai terutamanya pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan yang bakal dipandu untuk pulang beraya nanti adalah dalam keadaan yang selamat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma ini boleh hubungi 1-800-88-6927 ataupun layari www.puspakom.com.my