Jadual Cadangan Pulang Ke Kampung Sempena Raya, Kalau Taknak Bersesak, Ikutlah!

TERKINI
May 28, 2019 - 03:27 PM


Tahun ini, dijangkakan aliran trafik di lebuh raya utama keluar dari Kuala Lumpur akan mengalami pertambahan sebanyak 18 peratus. Ini bermakna, lebih kurang 2 juta kenderaan akan berada di jalan raya berbanding 1.7 juta pada tahun lalu.

Seperti biasa, setiap tahun pasti pihak PLUS akan bertungkus lumus dalam usaha menghadapi dan melancarkan perjalanan pengguna.

Untuk tahun ini, PLUS telah mengesyorkan pengguna untuk mengikut Jadual Rancangan Waktu Perjalanan untuk merancang perjalanan pulang ke kampung dan juga ketika pulang dari kampung menuju ke kota selepas raya.

Berikut adalah masa yang dicadangkan oleh pihak PLUS :

PLUS mencadangkan agar pengguna pulang sebelum jam 10 pagi antara tempoh 30 Mei hingga 10 Jun khususnya bagi yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor.

Kalau korang merancang balik utara pada Isnin (3.6.2019) - Perjalanan pagi menurut waze, okay lagi. Masuk pukul 7 petang  ke atas, trafik mula sesak sampai lah keesokan harinya. Hehehe. Jadi pepandailah ye... 

Kalau ke Johor : mula pada awal pagi . Waktu puncak jam 12 tengah hari, kereta mulai banyak dan lepas jam 6 petang, trafik mulai padat. 

Untuk ke Pantai Timur : Dijangkakan LPT, KARAK dan jalan menuju ke Pantai TImur akan mulai sesak dari hari Ahad lagi. kurang traffik jam 11 ke atas. pukul 1 akan mulalah waktu puncak. 

Bagi mereka yang menghala ke negeri berdekatan Lembah Klang seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya selepas jam 10 pagi.

Selain waktu pejalanan, kesemua kerja menaik taraf telah dihentikan oleh PLUS untuk mengelakkan gangguan kepada aliran trafik.

Kalau ada update, kami akan beritahu kendian. Oh, jangan lupa pastikan baki Touch N Go tu cukup ye…

Untuk maklumat terkini berkenaan perkembangan trafik, boleh follow twitter PLUSTrafik atau download je aplikasi PLUS Mobile.

Selamat memandu dan berhati - hati di jalan raya! Kalau penat, berehat!