'Now Everyone Can Travel' - Tagline Baharu AirAsia

TERKINI
May 31, 2019 - 02:03 PM


Selain terkenal sebagai syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket tambang rendah, AirAsia juga popular dengan taglinenya iaitu 'Now Everyone Can Fly’ (Semua Orang Boleh Terbang).

Tapi korang tahu sekarang AirAsia telah menukar tagline tersebut kepada 'Now Everyone Can Travel'!

Penukaran tagline 'Semua Orang Boleh Melancong' itu dibuat memandangkan AirAsia kini tidak lagi hanya berfungsi sebagai laman web untuk pembelian tiket kapal terbang semata-mata, sebaliknya meluaskan perkhidmatannya kepada pengalaman pelancongan.

Malah dengan tagline terbaharu itu, mereka optimis AirAsia.com mampu menjadi laman web terbesar di Malaysia yang menawarkan keseluruhan pengalaman pelancongan atau 'travel experience' daripada tempahan pengangkutan, hotel, penginapan dan lokasi makanan yang popular.

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang AirAsia menunjukkan komitmen mereka dalam meningkatkan perniagaan teknologi digital bagi membolehkan mereka kekal relevan.

Jadi, lepas ini siapa yang suka travel bolehlah mula rancang percutian korang bersama AirAsia!

NOW EVERYONE CAN TRAVEL!

Sumber: BERITA HARIAN