Hati-Hati Kalau Buat Carian Melancong Ke 5 Destinasi Ini Di Google!
TERKINISetiap kali merancang untuk bercuti ke luar negara, jarang-jarang kita memikirkan tentang risiko bayaran atas talian atau pakej yang ditempah yang menanti sehinggalah tiba di destinasi yang dituju.
Tetapi, kajian baharu oleh news.com.au menunjukkan carian nama negara tertentu di Google sahaja sudah boleh meletakkan seseorang dalam situasi bahaya serta risiko ditipu walaupun belum berlepas meninggalkan negara.
Syarikat perisian keselamatan komputer McAfee telah mengeluarkan data baharu yang menunjukkan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap beberapa carian Google tentang penginapan, pakej percutian dan aktiviti di pelbagai destinasi pelancongan popular.
Ini 5 destinasi percutian popular paling bahaya yang dikenalpasti oleh Google:-
1. New Delhi, India
2. Bangkok, Thailand
3. London, England
4. Phuket, Thailand
5. Manila, Filipina
Jadi lepas ni korang kena lebih berwaspada bila buat pencarian lokasi-lokasi di atas dan jangan lupa untuk buat double-check atau tentu-sahkan tawaran percutian, sewaan dan penerbangan menerusi laman web yang dipercayai.
Selepas keaslian laman web disahkan, barulah segala komunikasi dan proses bayaran korang lakukan melalui platform yang dipercayai supaya maklumat peribadi dan kewangan korang terselamat daripada ancaman penggodam.
Ingat, jangan klik pautan atau tawaran yang keluar secara 'pop-up' tau! Bahaya!
Sekiranya korang ada terbaca tentang tawaran pakej percutian murah dan ia kelihatan seakan terlalu bagus, jangan terus terpedaya kerana berkemungkinan besar ianya adalah palsu.
Maklumlah zaman sekarang ni ramai orang nak buat duit guna jalan singkat je! So, berhati-hatilah ya!
Sumber: Mstar