Tangguhkan Perjalanan Ke Jammu & Kashmir-Wisma Putra

TERKINI
August 07, 2019 - 03:28 PM


Tak dinafikan sejak terkena penangan filem hit Bollywood "Bajrangi Bhaijaan", ramai rakyat Malaysia yang jatuh cinta dan semakin suka melancong ke lokasi penggambarannya yang terletak di pergunungan Jammu dan Kashmir.

Bagaimanapun buat masa terdekat ini, jika korang mempunyai perancangan atau impian untuk bercuti ke destinasi pelancongan tersebut, lebih baik niat itu ditangguhkan dahulu.

Ini kerana Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas di Jammu dan Kashmir, berikutan keadaan semasa yang sedang bergolak antara India dan Pakistan.

Buat masa ini, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara kita mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan kedua-dua negara berjiran itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana 'ancaman keganasan', manakala laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.


Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi:-

1) Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi

2) Hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).

3) E-mel Suruhanjaya Tinggi ialah [email protected].

Sumber: Bernama