India Perkenal Bayaran Visa Berbeza Mengikut Musim Pelancongan

TERKINI
September 03, 2019 - 01:00 PM


 

Tidak lama lagi, pihak berkuasa India bakal memperkenalkan bayaran visa dengan harga berbeza mengikut musim pelancongan sepanjang tahun.

Yuran visa e-pelancongan tersebut adalah sebanyak 10 dolar Amerika antara bulan April dan Jun (low season), manakala untuk musim puncak (peak season) pada bulan Julai hingga Mac pula mencecah sehingga 25 dolar Amerika (harga dianggarkan untuk visa selama 30 hari).

Selepas membangun dan melaksanakan e-visa pelancong, pihak berkuasa India kini sedang berusaha mengubah harganya untuk merangsang pelancongan negara itu sepanjang tahun.

Bagi mencapai matlamat itu, yuran untuk visa e-pelancongan telah dibahagikan kepada kategori mengikut kewarganegaraan pemohon serta tempoh visa yang dimohon dari 30 hari hingga lima tahun.

Namun, terdapat pelancong dari beberapa negara tertentu mendapat keistimewaan visa percuma daripada kerajaan India.

Langkah terbaharu India itu adalah bagi menyangkal kenyataan beberapa pihak yang mendakwa negara itu mempunyai prosedur permohonan visa yang terlalu ketat.

Justeru, bermula bulan Mac lalu, India mula meringankan beban birokrasi untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong. 

Kini, visa e-pelancongan dan perniagaan juga membenarkan lawatan ke India sehingga 90 hari dalam tempoh setahun, berbanding hanya tempoh enam bulan sebelum ini. 

Sumber: India Today