Jalan-Jalan Lebih 3 Jam Di Taj Mahal, Anda Akan Didenda 10 Kali Ganda!

PANAS
June 21, 2019 - 06:09 PM


Siapa yang datang melancong ke India, tak sah kalau tak singgah berjalan-jalan dan ambil gambar berlatarbelakangkan Taj Mahal.

Yela, siapa je yang tak terpegun dengan keindahan seni bina tanda cinta lagenda antara Shah Jahan dan Mumtaz ni, kan. Itu yang kadang sampai berjam-jam lamanya pusing kawasan Taj Mahal tu. Betul tak?

Tapi korang tahu tak sekarang dah ada peraturan baharu dibuat Kerajaan India di mana pelancong yang menghabiskan masa melebihi 3 jam di Taj Mahal akan dikenakan bayaran denda!

Tahu tak berapa dendanya? Caj tambahan yang dikenakan adalah 10 kali ganda lebih mahal daripada caj yang dikenakan pada orang tempatan, tau! Seriuslah?!

Ya, menurut laporan India Today, sebelum memasuki kawasan Taj Mahal, pengunjung akan diberikan token yang hanya boleh digunakan selama tiga jam.

Sekiranya mereka mahu menghabiskan masa dengan lebih lama, pengunjung diminta untuk membayar caj tambahan di kaunter terlebih dahulu.

Malah, pihak pengurusan Taj Mahal juga khabarnya sudah membina pintu gerbang di kawasan masuk dari Timur dan Barat bagi mengelakkan kemasukan tanpa izin terjadi.

7 buah pintu gerbang telah dipasang, yang mana lima daripadanya adalah pintu keluar dan selebihnya disediakan khas untuk pelancong asing sahaja.

Rata-rata pelancong memberikan pendapat bahawa peraturan baharu itu adalah tidak adil kerana kekangan masa menyebabkan mereka tidak dapat menikmati keindahan bangunan itu secara total, selain caj tambahan yang dikenakan adalah jauh lebih mahal dan dilihat membebankan kepada para pengunjung.

P/S: Jadi lepas ni kepada siapa yang nak melawat Taj Mahal, pastikan korang menepati masa hanya 3 jam tau! Kalau tak silalah melayang duit...haihhhhh

 

;