Kereta Lembu Ikon Pelancongan Melaka, Warisan Atau Eksploitasi Haiwan?

TERKINI
June 26, 2019 - 02:01 PM


Kalau sebelum ini, Thailand dan Kemboja sering dikecam kerana dikatakan mengeksploitasi gajah untuk dijadikan produk pelancongan, sehingga membuatkan Kemboja baru-baru ini juga mengumumkan penghentian aktiviti tunggangan gajah di Angkor Wat bermula tahun depan.

Namun, sedar atau tidak di negara kita sendiri sebenarnya ada aktiviti mempromosikan pelancongan menerusi Warisan Kereta Lembu di Melaka.

Menerusi perkongsian Melaka Kini di Facebook, ikon Kereta Lembu yang terkenal suatu ketika dahulu kini dilihat kembali beraksi di sekitar jalan-jalan di Bandar Hilir bagi mempopularkan kembali warisan yang dikatakan semakin dilupakan itu.

Malah, mereka berharap Kerajaan Negeri Melaka menyediakan tapak yang sesuai di Bandar Hilir atau kawasan sekitar untuk laluan Kereta Lembu.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas ada sebuah insiden tidak diingini berlaku terhadap lembu tersebut yang telah terjatuh akibat terlalu penat membawa muatan berat di belakangnya, sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terhadap aktiviti pelancongan itu.

Sumber: Twitter

Berikut antara komen-komen netizen di media sosial mengenai kejadian ini.

Apa pendapat korang tentang perkara ini? Wajar atau tidak aktiviti Kereta Lembu ini dihidupkan kembali menjadi salah satu tarikan pelancongan di Melaka?

Baca juga: Cambodia Henti Aktiviti Menunggang Gajah Di Angkor Wat Bermula 2020

Baca ini: Jom Boikot Tunggang Gajah! Pelancong Seronok, Haiwan Menderita Didera

Baca: Tour Dan Aktiviti Melibatkan Hidupan Liar Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Expedia

 

Destination: