Wajah Baharu Pasar Payang – Lebih Luas, Lebih Selesa!
TERKINIJika Kelantan dikenali dengan Pasar Siti Khadijah, Terengganu pula ada Pasar Payang, atau Pasar Besar Kedai Payang. Sesiapa yang pernah atau berkunjung ke Terengganu, pasti berkeinginan atau menjadikan pasar payang sebagai destinasi wajib kunjung.
Pasar Payang kebiasaannya akan penuh sesak dengan pengunjung dan kepelbagaian jenis jualan yang sinonin dan popular di Terengganu. Antaranya semestilah kain batik, kain sutera, keropok ikan dan pelbagai lagi.
Selama 51 tahun beroperasi sejak 1968, kerajaan memutuskan merobohkan bangunan berkenaan untuk digantikan dengan pasar yang lebih moden, luas, selesa dan mesra pengunjung.
Pasar Payang menjadi tapak perniagaan kira-kira lebih daripada 500 orang peniaga yang kebanyakkannya telah berniaga sejak kewujudan pasar berkenaan.
Wajah baharu Pasar Payang yang dimuatnaik di Facebook Amazing Terengganu baru-baru ini dan dikhabarkan pasar baharu yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu ini sudah memulakan operasi pada 1 Julai 2019.
Dengan persekitaran lebih selesa, moden dan luas, diharapkan selepas ini lebih ramailah yang akan berkunjung ke Pasar Payang nanti.
p/s : Difahamkan, gambar Pasar Payang Baharu berkenaan hanyalah pasar 'sementara' kerana menurut cerita Pasar Payang Baharu akan dibina di tapak lama. Apa-apa pun, kita saksikan nanti...
Kredit Gambar : Facebook | AmazingTerengganu