Hotel Dan Resort Mesra Keluarga Di Kuantan, Pahang

August 05, 2019 - 01:02 PM


Kuantan, bandar ibu kota negeri Pahang ini kalau nak diikutkan hanya 2 jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur dan di Kuantan sebenarnya terdapat banyak tempat tarikan yang boleh dijadikan destinasi percutian anda sekeluarga.

Kalau minat nak cari tarikan bercirikan pantai, boleh ke Teluk Cempedak, kalau tidak pun boleh tuju ke Batu Hitam. Misal kata nak cari makanan laut fresh, boleh cuba ke Tanjung Lumpur. Terdapat sebuah perkampungan nelayan tradisional yang terkenal dengan restoran seafood yang semestinya menyajikan makanan laut yang segar.

Jika ada perancangan untuk ke Kuantan dengan keluarga, ni kami nak syorkan beberapa hotel yang family friendly atau hotel mesra keluarga untuk korang. Kalau tak pasti, boleh rujuk Tips Mencari Hotel Mesra Keluarga yang kami pernah kongsikan sebelum ini.

Sebelum kita pergi ke senarai hotel mesra keluarga di Kuantan, macam biasa, kami akan cari hotel atau resort yang mempunyai rating 8.0 ke atas dan bila sebut family friendly ni, keluasan bilik adalah lebih besar berbanding bilik biasa dan mempunyai kemudahan untuk seisi keluarga.

#1. The Zenith Hotel – 8.4

Hotel bertaraf 5 bintang ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan yang baik, tetapi turut mempunyai lebih dari 500 buah bilik yang boleh dikatakan agak mewah.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di hotel ini seperti kolam renang, tempat permainan kanak – kanak, sauna dan juga spa. Jadi ibu ayah yang ada anak kecik tak perlu risau.

Dari segi persekitaran, ia terletak di tengah bandar Kuantan dan memang mudah nak cari bank, stesyen minyak, kedai serbaneka dan East Coast Mall hanya 180 meter dari hotel.

Harga per malam : RM233

Alamat : Jalan Putra Square 6, Putra Square, Kuantan.

 

#2. Hyatt Regency Kuantan Resort – 8.8

Terletak di Teluk Cempedak, Hyatt Regency ini merupakan resort yang bertaraf 4 – 4.5 bintang. Kalau nak diikutkan ia merupakan terbaik dalam kategori tersebut baik dari segi harga dan juga rating yang diperolehi.

Dengan keadaan resort yang telah diperbaharui, resort ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk seisi keluarga dan mempunyai libih daripada 301 buah bilik dan suites.

Oh, kalau menginap disini, tak perlu risau dengan orang ramai di pantai Teluk Cempedak sebab hotel ini ada ‘private beach’. Jadi, hanya penghuni hotel sahaja ada disitu.

Harga per malam : RM333

Alamat : Teluk Cempedak, Kuantan


PILIHAN EDITOR


#3. Vistana Kuantan City Centre – 8.1

Hotel Vistana adalah salah sebuah hotel yang patut menjadi pilihan ramai kalau bercuti ke Kuantan. Bertaraf 4 bintang, dari segi lokasi ia terletak hanya 3 kilometer dari pusat bandar dan setiap tahun, ramai pelancong akan memilih untuk ke sini.

Bila dah taraf empat bintang ni, boleh dijangka servis yang bakal korang terima dekat hotel ni nanti, selain setiap bilik mempunyai suasana yang sangat berlainan.

Lokasi ideal serta pelbagai aktiviti yang disediakan juga turut menyumbang kepada rating hotel ini.

Harga per malam : RM209

Alamat : Jalan Telok Sisek, Kuantan.

 

#4. Mangala Resort & Spa – 9.1

Terletak di Gambang, resort bertaraf 5 bintang ini adalah resort mewah dan mempunyai akses yang mudah sekiranya korang ingin menerokai bandar Kuantan.

Menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada tetamu, fasiliti yang terdapat disini sangat luar biasa dan kesemua tetamu dijanjikan dengan penginapan yang selesa. Ada bilik yogo, gym, kolam renang terbuka, spa dan banyak lagi.

Harga per malam : RM754

Alamat : Lebuhraya Tun Razak, Gambang, Kuantan

 

#5. Adena Beach Resort – 8.3

Dalam senarai ini, hanya Adena Beach Resort ini sahaja bertaraf 3 bintang. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk mendapat rating yang tinggi daripada tetamu mereka.

Terletak di kawasan Beserah, antara pantai yang dekat adalah pantai Balok, Pantai Batu Hitam dan Teluk Cempedak (jauh sikit – 11km).

Menariknya di sini, ada pelbagai jenis bilik boleh dipilih dan kami syorkan anda tinggal di Beach Villa mereka. Kalau kena harganya promosi, bermula RM233 sahaja per malam.

Harga per malam : RM180

Alamat : 1260, Mukim Sungai Karang, Beserah, Kuantan

Jadi, kalau ada perancangan untuk bawa keluarga bercuti ke Pahang, apa kata tuju ke Kuantan, menginap di salah satu hotel atau resort terbaik di Kuantan ini.

Nota Editor : Harga yang ditunjukkan adalah purata harga yang diperolehi dari laman web yang menawarkan penginapan.  

Kredit Foto : Booking.com

 

 

 

Destination: