Jom Ke Bentong Happy Farm – Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Seisi Keluarga

TRAVEL
July 10, 2019 - 11:23 AM


Bentong Happy Farm kalau nak diikutkan adalah sebuah tapak perkhemahan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang terletak di dalam sebuah ladang.

Diperkenalkan pada 2017, Bentong Happy Farm menyediakan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik untuk pelbagai peringkat umur dan kumpulan.

 

Terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Bentong, pengunjung ke sini boleh melakukan aktiviti yang mencabar diri sendiri, team building, sukan extreme dan pengalaman ‘hands-on’ di Ladang.

Untuk aktiviti; ada pelbagai pilihan yang boleh dilakukan seperti berkayak, stand -up paddling, memanah dan juga boleh melakukan aktiviti ala ‘Ninja Warrior’.  

 

Jika itu tak cukup mencabar, pengunjung boleh melakukan pelbagai lagi aktiviti ekstrim yang turut ditawarkan di Bentong Happy Farm ini. Antaranya; River Tubing dan Rock Climbing. Untuk pengetahuan, semua aktiviti yang dilakukan disini akan dibantu dan dipantau oleh jurulatih yang berpengalaman.

Semasa kami ke sana tempoh hari, Bentong Happy Farm ada cerita tentang aktiviti lasak terbaru mereka iaitu abseiling! Rasa kena pergi sekali lagi hujung minggu ni untuk cuba abseiling ni! 

Kalau nak bermalam pun boleh! Jika anda dan keluarga inginkan suasana nyaman, tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota, bolehlah bermalam di sini! Terdapat pelbagai jenis chalet yang disediakan dan ianya bersih dan selesa.

Anda boleh memilih chalet berbentuk dorm; terdapat pilihan 4 katil, atau 8 katil. 

 

Jom Ke Bentong Happy Farm Open Day!

Berita baik buat semua, sempena dengan Wow! Wild Bentong Festival 2019, Bentong Happy Farm akan mengadakan hari tebuka dan mereka menjemput orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan disana pada 12 hingga 14 Julai 2019 – hujung minggu ini!

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga bakal diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menariknya, dengan pass serendah RM60 seorang (termasuk tiket masuk dan insurans), pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti Rock Climbing, River Tubing, Abseiling dan pelbagai lagi aktiviti menarik TANPA HAD. Maksudnya, dari pukul 9 pagi, boleh buat semua aktiviti tanpa had.

Aktiviti lain yang akan diadakan pada hari terbuka tersebut termasuklah aktiviti mesra keluarga, berkayak, memanah, mini zoo, ladang kambing, kolam renang kecil dan banyak lagi lah. Senang cerita, dengan bayaran kemasukan RM10 ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seisi keluarga.

Harga tiket :

  1. Pas Sehari – RM60/pax
  2. Pas Dua Hari – RM100/pax
  3. Tiket Ala Carte – RM40/pax (Pilihan Satu Aktiviti Sahaja)
  4. Tiket Masuk – RM10/pax (aktiviti kanak-kanak dan warga emas sahaja)

[KLIK UNTUK TEMPAH SLOT ANDA DISINI HARI INI]

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini, atau hubungi +6 016 774 4869 atau email kepada [email protected]