Nak Ketenangan & Kedamaian? Hiasi Rumah Anda Dengan 5 Warna Kegemaran Rasulullah!

PILIHAN EDITOR
October 03, 2019 - 10:06 AM


Sebagai umat Islam kita selalu digalakkan untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola dan mengikut segala sunnah Baginda dalam kehidupan harian kita.

Selain dikurniakan pahala oleh Allah SWT, ia juga simbolik tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Selain melakukan ibadah, mencontohi akhlak serta keperibadian Nabi, kita juga digalakkan untuk melakukan perkara yang disukai Baginda seperti makanan, minuman, buah-buahan, sukan dan warna kegemarannya.

Makam Rasulullah SAW

Percaya atau tidak, hanya dengan menghiasi rumah kita dengan warna-warna kesukaan Nabi ini sebenarnya secara tak langsung mampu mewujudkan elemen dan aura ketenangan serta kedamaian, barulah kediaman kita boleh digelarkan sebagai “Rumahku Syurgaku”!

Tetapi, sebelum tu tahukah anda apakah warna-warna kegemaran Rasulullah?

Banyak hadis riwayat menyebutkan terdapat beberapa pakaian berwarna yang selalu dipakai Rasulullah ketika hayatnya. Antaranya warna putih, hijau, hitam, kelabu dan merah.

1. PUTIH

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin pernah berkata: “Yang amat disukai oleh Nabi ialah warna putih.”. Malah, ketika beribadat juga Rasulullah suka berpakaian putih yang sinonim dengan lambang kesucian agama Islam itu sendiri.

Jadi sebagai seorang Muslim, sudah semestinya penggunaan warna putih dalam cat hiasan pada dinding rumah adalah yang terbaik, malah mampu memberikan kesan ruang lebih luas, bersih, sejuk, terbuka dan moden.

Jika anda mahukan cat berwarna putih istimewa dengan kesan tekstur salji, peneraju pasaran dalam pembuatan dan pengedaran cat di rantau Asia iaitu SANCora Paint mempunyai produk ITALIA WOW yang boleh anda cuba!

 

2. HITAM

Serban Rasulullah SAW

Selain itu, dalam satu hadis sahih meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW sering mengenakan pakaian berwarna hitam ketika urusan rasmi Baginda sebagai menunjukkan tanda kerendahan diri.

Bahkan dalam Hadis Muslim, daripada Ja’far bin Amr bin Huraits turut menceritakan: “Rasulullah SAW berpidato di hadapan umat Baginda memakai serban hitam.”

Meskipun kebanyakan orang takut menggunakan warna hitam yang mereka percaya boleh mengundang bala, suram dan ketakutan --- namun sebenarnya warna ini juga boleh ditakrifkan sebagai warna misteri yang melambangkan kekuatan, elegan, sofiskated dan seperti Nabi tanda kerendahan serta keteguhan diri.

Jadi jika ragu-ragu untuk mewarnakan dinding rumah anda dengan rona hitam, mungkin anda boleh menggunakan warna ini menerusi SANCora Timber@Shade sebagai cat kemasan pada permukaan kayu untuk tujuan dekorasi hiasan dalaman atau luaran rumah anda.

 

3. HIJAU

Masjid Nabawi atau digelar "Green Dome" yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW & terdapat Makam Rasulullah

Selain putih, warna kedua yang sangat digemari Nabi sebenarnya adalah warna hijau seperti yang diriwayatkan Anas bin Malik: “Warna yang paling disukai Rasulullah SAW adalah hijau.” (Hadis Riwayat Muslim).

Malah Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar turut mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

Seperti yang kita tahu hijau sangat signifikan dengan warna alam semulajadi, yang melambangkan kesegaran, kedamaian dan ketenangan.

Justeru jika anda inginkan kediaman yang mampu memberi efek santai dan rileks, SANCora Paint mempunyai pelbagai jenis cat yang boleh anda pilih terutama GLOSS@Guard dan I-GLOSS yang sangat ideal dengan warna hijau daun!

 

4. KELABU

Sementara itu, Imam Al-Bukhari pernah meriwayatkan dalam satu hadis sahih daripada Ibnu Abbas yang berkata: “Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

Kelabu merupakan warna klasik yang melambangkan intelek, pengetahuan, kebijaksanaan serta mampu menimbulkan rasa hormat, konservatif dan penaklukan kuasa.

Tidak hairanlah apabila ramai yang suka memainkan warna praktikal ini dengan warna-warna lain bagi menghasilkan suasana yang lebih elegan.

Untuk realisasikan mood tersebut, mungkin anda boleh menggunakan SANCora Italia UNO atau UNO+ yang mampu menghasilkan kesan seni bertekstur batu atau logam berkaca ke dinding rumah anda, sekaligus meningkatkan pencahayaan serta menjadikan ruang lebih besar.

 

5. MERAH

Warna kegemaran terakhir Rasulullah yang pernah disebutkan dalam hadis adalah merah.

Dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari, Al-Bara’ bin ‘Azib menceritakan: “Aku tidak pernah melihat seorang pun manusia yang lebih kacak dengan pakaian Hullah (sejenis jubah 2 lapis) berwarna merah melainkan Rasulullah SAW.

Walaupun warna merah sering dikaitkan dengan elemen negatif dan jahat seperti kemarahan, dendam, darah dan api --- tetapi rona itu juga sebenarnya memberi kesan kehangatan, keberanian, semangat, kekuatan serta kegembiraan kepada seseorang.

Oleh itu, jika anda ingin mengekspresikan jiwa romantis anda menerusi penataan warna merah di rumah, anda mungkin boleh menggunakan SANCora SILK@Guard yang sememangnya terkenal dengan cat hiasan tahan lama, memberi kemasan mewah dan sesuai juga untuk permukaan siling.

Sekiranya anda ingin menatarias kediaman dengan pilihan 5 warna kegemaran Nabi ini, namun belum pasti untuk membuat pilihan mana yang sesuai dengan citarasa dan personaliti anda, jangan risau!

Ini kerana SANCora Paint menerusi kempen terbaharunya iaitu Dream in Colour boleh membantu anda.

Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu memusingkan ‘Roda Warna’ mengikut pilihan rona yang anda sukai, kemudian anda akan diberikan set ‘Warna Padanan’ bagi mengenal pasti cat yang boleh melengkapkan warna kegemaran anda tersebut.

Terdapat lebih 20 padanan warna yang disediakan khas untuk anda pilih dan setelah selesai membuat keputusan, pilihan tersebut boleh anda kongsikan pula bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk melihat sama ada ia benar-benar sesuai dengan personaliti anda daripada sudut pandangan mereka.

Jika ya, anda hanya perlu ke pengedar terdekat untuk memulakan proses pengubahsuaian rumah anda dengan beberapa warna berkualiti tinggi daripada SANCora Paint!

Bagi merealisasikan idaman warna anda, boleh dapatkan segala maklumat mengenai SANCora Paint di laman web rasmi mereka atau lawati Facebook untuk mendapatkan inspirasi warna seindah mimpi anda!

Jadi, selamat menghiasi rumah anda dengan warna-warna sunnah ini. Semoga perasaan tenang dan damai yang selalu anda rasai ketika melangkah masuk ke 'Rumah Allah', dapat juga anda nikmati semasa berada di kediaman atau ‘syurga kecil’ anda nanti!

BAGI MENDAPATKAN INFO LANJUT, ANDA BOLEH KE LAMAN WEB SANcora Dream In Colour.