Tips Kurangkan Peluh Berlebihan Ketika Travel Ke Negara Beriklim Panas

PILIHAN EDITOR
January 17, 2020 - 12:00 PM


Bila bercakap pasal melancong ke negara-negara beriklim panas ni mesti kita terfikir tentang destinasi menarik seperti di Gurun Sahara, Arab Saudi; Kaherah, Mesir; Dubai; Abu Dhabi; Doha, Qatar; Muscat, Oman; kawasan barat laut India, kawasan barat daya Amerika Syarikat, Mexico Utara, Afrika Selatan dan Alice Springs, Australia.

Semua lokasi ini mempunyai tarikan pelancongan yang unik dan menarik untuk diterokai bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tetapi bagi yang mengalami masalah badan dan ketiak yang mudah berpeluh, tentunya anda akan mengelak daripada mengunjungi negara-negara tersebut.

Yela, kalau dah destinasi percutian anda bersuhu panas haruslah anda bakal berdepan dengan masalah terbesar iaitu ketiak mudah berpeluh dan baju habis lencun dek air peluh sendiri. Malulah kalau orang nampak, kan?

Jangan risau, anda masih boleh travel ke negara-negara bercuaca panas tersebut dengan mengawal peluh berlebihan menerusi 7 tips berikut :-

 

1. PILIH BAJU JENIS KAPAS

Seeloknya pakai baju daripada bahan kapas atau cotton setiap kali keluar berjalan-jalan. 

Ini kerana material jenis kapas biasanya lebih mudah menyerap peluh dan tidak panas serta bersifat ‘breathable'. Ia amat sesuai untuk cuaca di negara panas, terutama kepada individu yang kuat berpeluh.

Bagi yang bertudung, janganlah memilih jenis tekstil yang panas hanya untuk kelihatan cantik. Ringkaskan gaya dan kurangkan juga bilangan lilitannya untuk mengurangkan ketebalan dan kepanasan. 

Orang kata "less is more", bukan saja anda kelihatan menawan malah anda juga akan lebih selesa untuk berjalan-jalan melihat kecantikan negara orang.

 

2. ELAK MAKANAN PEDAS

Bak kata pepatah, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya dan bila pedas mulalah badan kita rasa panas.

Apabila anda makan makanan pedas atau berempah, ia menggalakkan lagi anda untuk mudah berpeluh.

Jika anda kerap mengambil makanan yang kuat rasanya seperti bawang dan petai, ia juga boleh membuat masalah yang lebih teruk iaitu mempengaruhi bau badan anda.

Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut, lebih-lebih lagi ketika anda sedang travel ke negara yang bercuaca panas. 

 

3. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Ada sesetengah orang yang tak boleh hidup tanpa minum kopi atau teh yang mengandungi kafein.

Tapi kalau anda sejenis yang kuat berpeluh dan sedang melancong di negara bersuhu panas, lebih elok sekiranya anda mengurangkan atau elakkan daripada minum minuman berkafein.

Ini kerana kandungan kafein boleh merangsang sistem saraf, meningkatkan tekanan darah dan sekaligus mengaktifkan kelenjar peluh kita. 

Sebab tu bila dah minum kopi, mata dan badan akan menjadi lebih segar serta mulalah kita pun aktif bergerak ke sana sini hingga mudah mengeluarkan peluh berlebihan.

 

4. LATIH DIRI TANGANI 'STRESS'

Tekanan atau ‘stress’ sememangnya mampu menyumbang kepada badan untuk mengeluarkan peluh secara berlebihan.

Semakin tinggi tahap stress anda, semakin banyaklah anda berpeluh seperti air yang mencurah-curah keluar.

Oleh itu, belajar tenangkan diri dan kerap menarik nafas panjang agar anda mudah untuk berfikir serta mencari penyelesaian segera sekiranya berlaku sebarang konflik atau masalah ketika travel ke negara orang.

Bila anda pandai mengawal tekanan yang datang, masalah akan lebih mudah diatasi dan kadar peluh pun dapat dikawal.

 

5. GUNA SABUN MANDI ANTI-BAKTERIA

Jika bercuti ke negara beriklim panas mesti kita kuat berpeluh, badan mudah melekit dan rasa nak mandi berkali-kali.

Jadi apa kata ketika mandi tu, anda gunakan sabun jenis anti-bakteria kerana ia boleh menghapuskan kotoran dan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Bila dah mandi dan badan kurang bakteria akibat peluh tadi, mood percutian anda pun terus berubah menjadi lebih segar, selesa dan wangi je untuk berjalan-jalan seharian tanpa perlu rasa malu dengan orang lain.

 

6. PAKAI PRODUK 'ANTI-PERSPIRANTS' (ANTI-PELUH) SEPERTI PERSPIREX

Ramai yang sering memilih untuk memakai deodoran bagi menutup bau peluh yang kurang menyenangkan sebelum keluar rumah, kan?

Tetapi sebenarnya, pemilihan deodoran hanyalah bersifat sementara dan bukan jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan masalah peluh berlebihan.

Sebaliknya, penggunaan produk ‘anti-perspirants’  atau anti-peluh adalah salah satu kaedah paling tepat dan bijak yang boleh anda lakukan.

Contohnya, cuba anda cari produk yang berjenama PERSPIREX ini!

Perspirex sebenarnya berfungsi untuk menghalang proses perpeluhan di kawasan yang mudah mengeluarkan bau busuk dan kurang menyenangkan serta hanya perlu disapu sekali sahaja pada mana-mana bahagian tubuh badan anda, bukan saja ketiak.

Ia mampu menjadikan kulit anda kekal kering, tidak berpeluh dan tidak berbau selama 3 ke 5 hari! 

Lebih istimewa, Perspirex ini tidak mengeluarkan sebarang bau dan selepas menggunakannya anda bebas untuk menyembur pewangi kegemaran ke badan sendiri.

Perspirex yang direka khas oleh Clauss Riemann pada tahun 1979 ini khusus untuk mereka yang mengalami masalah peluh yang sangat berlebihan atau dipanggil 'excessive underarm sweating'.

Ia telah diuji secara klinikal dan mensasarkan pengguna daripada kalangan individu yang tidak mahu memakai produk berulang kali. Jadi memang sangat sesuai untuk anda yang suka melancong atau dalam percutian ke negara beriklim panas.

Menariknya Perspirex ini, dengan hanya satu botol sahaja anda boleh gunakannya selama 3 bulan

Secara puratanya, dengan sekali penggunaan ia mampu bertahan selama 3 hingga 5 hari terus! 

Jika anda mementingkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, Perspirex Comfort (kotak berwarna hijau) ini adalah pilihan paling tepat kerana kandungannya yang berasaskan air serta tanpa alkohol dan mesra-Muslim.

Macam mana nak dapatkan produk ini? Mudah saja, Perspirex ada dijual di mana-mana farmasi dan kedai serta beberapa klinik terpilih.

Jadi tunggu apa lagi, gunakanlah Perspirex sebagai penyelesaian kepada anda yang runsing dengan masalah peluh berlebihan.

Semoga ia membantu anda lebih yakin untuk berjalan-jalan di destinasi pelancongan menarik meskipun dalam keadaan cuaca panas!

 

7. GUNA PRODUK 'ANTI-PERSPIRANTS' (ANTI-PELUH), PERSPIREX PADA WAKTU MALAM

Mungkin ramai yang tidak mengetahui fakta ini..bahawa adalah lebih bagus sebenarnya untuk anda memakai produk anti-perspirants (anti-peluh) pada waktu malam, berbanding siang.

Ini kerana menurut seorang Profesor Dermatology dari Universiti St.Louis, apabila mengenakan produk anti-perspirants (anti-peluh) pada waktu malam, kandungan aktif di dalamnya akan meresap dengan lebih berkesan pada kawasan yang cepat berpeluh serta menghalang peluh keluar dengan banyak.

Malah, kini terdapat pelbagai inovasi dan kemajuan dalam produk tersebut. Jadi, cuba dapatkan yang paling serasi dengan tubuh badan anda.

Paling tepat jika anda menggunakan Perspirex, kerana ia juga disarankan untuk disapu pada waktu malam dan tidak perlu diulang pakai pada waktu pagi kerana kesannya yang telah terbukti mampu mencegah peluh dalam tempoh 3 hingga ke 5 hari!