Info Ringkas Semboku City, Akita Prefecture di Jepun
TRAVELSemboku City merupakan salah satu bandar yang terletak di Akita Prefecture Jepun. Bandar ini cukup popular terutama pada musim bunga dan musim luruh. Bukan sahaja popular dalam kalangan pelancong luar negara, malah Semboku City juga akan dipenuhi oleh pelancong tempatan dikala musim luruh dan bunga tiba.
Bagi pelancong muslim, Semboku City masih lagi tidak dikenali disebabkan kurangnya pendedahan dan juga kemudahan untuk pelancong muslim di kawasan ini. Namun dengan strategi yang kini giat dijalankan oleh Japan Tourism Board (JTB) untuk menarik pelancong muslim ke Akita nampaknya sudah membuahkan hasil di mana kami di rileklah telah mula dijemput untuk merasai pengalaman melancong di Akita.
Melalui pemerhatian kami, Semboku City menawarkan suatu pengalaman yang berbeza sepanjang kami jelajah negara matahari terbit ini. Suatu yang cukup fresh untuk diterokai. Paling best di sini juga korang boleh dapatkan makanan mesra muslim dan Akita Prefecture juga dalam proses menambah lagi kemudahan untuk pelancong muslim seperti surau dan restoran makanan halal. Namun buat masa sekarang korang boleh dapatkan makanan halal di kedai 24 jam dan sesetengah restoran kini menyediakan menu mesra muslim.
Satu kelainan yang korang boleh rasai di Semboku City adalah pemadangan di gunung Komagatake atau lebih dikenali sebagai Flowers Mountain.
Tempat Menarik di Semboku City
- Kokunodate
- Dakigaeri Valley
- Tazawa Lake
- Tazawa Herb Garden
- Komagatake
- Kakunodate Samurai Residences
- Alpa Komakusa
- Nyuto Onsen
- Yamanohachimitsuya
- Tamagawa Hot Spring
- Ōfuka Onsen
- Towada-Hachimantai National Park
Tempat Makan Mesra Muslim di Semboku City
- Soba Making in Yamanohachimitsuya
- Sakuranosoto (Tempura Udon)
- Tukinoshiori Restaurant (Chicken Sukiyaki)
- Tazawa Lakehouse (Kiritanpo Nabe)
Hotel & Homestay di Semboku City
- Machiya Hotel Kakunodate
- Nyuto Onsen Qkamura
- Haneda Excel Hotel
Bagi pengangkutan di sini pula, kebanyakkan pelancong menggunakan kereta sewa disebabkan perjalanan yang cukup mempersonakan kiri dan kanan setiap destinasi.
Namun bagi pelancong solo korang juga boleh menggunakan Railway.
JR East - Akita Shinkansen
- Tazawako - Kakunodate
JR East - Tazawako Line
- Tazawako - Sashimaki - Jindai - Shōden - Kakunodate
Akita Nairiku Jūkan Railway - Akita Nairiku Line
- Tozawa Kami - Hinokinai - Sadōri - Ugo-Nakazato - Matsuba - Ugo - Nagatoro - Yatsu - Saimyoji - Ugo - Ōta - Kakunodate
Cuaca di sekitar Akita lebih kurang sama dengan Tokyo dan kemungkinkan akan lebih sejuk memandangkan ianya terletak di utara Jepun.
Di sebelah malam pula kebanyakkan bandar di Semboku City dan sepi. Seawal jam 8 malam dan sunyi masa untuk tidur sangat sesuai kalau korang yang nak rasai pengalaman berbeza dari sisi Jepun yang lain di mana tempat lain masih lagi meriah sehingga jam 1 - 2 pagi. So kalau jenis yang suka makan malam bolehlah beli dekat kedai 24 jam siap-siap atau tapau makanan terus.