Perbandingan Harga BigMac Di Seluruh Dunia, Anda Pasti Tak Percaya

FOODIE
November 26, 2019 - 01:46 PM


Semasa travel, mencari makanan terutamanya yang halal agak sukar sekiranya kita berada di negara yang komuniti majoritinya bukan muslim. Dalam pada masa yang sama, rangkaian menu restoran fast food juga akan berbeza.

Seperti yang diketahui, McDonalds merupakan rangkaian fastfood yang paling dikenali dan ada di mana – mana lokasi seluruh dunia. Walaubagaimanapun, di sesetengah negara, menu mereka tidak halal. Jadi, berhati – hatilah. Kalau tak pasti, rujuk laman web badan pensijilan halal negara yang dikunjungi.

Berbalik kepada fast-food tadi, kebiasaannya kita akan memilih fast-food disebabkan 3 perkara iaitu cepat, rasa dan murah. Walaupun begitu, ada sesetengah destinasi atau negara, makanan fastfood mereka agak mahal jika dibandingkan dengan makanan yang mengenyangkan yang lain.

Dalam banyak – banyak menu, BigMac merupakan burger yang paling banyak dipesan dan disebabkan itu diwujudkan BigMac Index 1986 bagi menentukan kuasa pembeli atau taraf ekonomi disesebuah negara.

Jom kita bandingkan. Untuk harga BigMac di Malaysia, dipasarkan pada harga bermula daripada RM10.40.

Berikut adalah senarai harga BigMac termahal di dunia :

#1. Switzerland – 6.8 USD (RM 28.50)

#2. Norway – 6.2 USD (RM 25.90)

#3. Sweden – 6.1 USD (RM 25.50)

#4. Finland – 5.6 USD (RM 23.40)

#5. USA – 5.3 USD (RM 22.16)

#6. Kanada – 5.3 USD (RM 22.16)

#7. Perancis – 5.1 USD (RM 21.32)

#8. Itali - 5.1 USD (RM 21.32)

#9. Brazil - 5.1 USD (RM 21.32)

#10. Belgium - 5.0 USD (RM 20.90)

Kesemua harga ini diselaraskan dalam Dollar US dan sekarang ni jom kita tengok harga BicMac jika dibandingkan dengan negara – negara di Asia Tenggara pulak. Untuk pengetahuan, dalam indeks tersebut, Malaysia berada di tangga ke-55 ye, kedua paling murah dalam 53 buah negara dalam senarai.

Senarai Harga BigMac Di Asia Tenggara *menurut nombor ranking Indeks

#22. Singapura – 4.4 USD (RM 18.40)

#25. Korea Selatan – 4.1 USD (RM 17.15)

#35. Thailand – 3.7 USD (RM 15.50)

#36. Jepun – 3.4 USD (RM 14.20)

#45. Vietnam – 2.9 USD (RM 12.12)

#48. Indonesia – 2.7 USD (RM 11.30)

#49. Filipina – 2.6 USD (RM 10.87)