Terbeli Tempat Duduk Kapal Terbang Yang Tiada Tingkap? Ini Nombor Seat Yang Perlu Dielak!

November 27, 2019 - 12:52 PM


Apabila anda bercuti atau melancong dengan menaiki kapal terbang, antara pengalaman paling best sepanjang tempoh penerbangan tentunya bila dapat menikmati pemandangan menakjubkan dari atas udara dan ramai juga yang gemar merakamkan gambar-gambar cantik berlatar belakangkan sayap serta logo pesawat.

Tetapi, itu jika anda bernasib baik mendapat tempat duduk yang mempunyai tingkap di sebelahnya.

Namun, ada juga penumpang yang tak bertuah atau secara tidak sengaja menempah tempat duduk dalam pesawat yang rupanya tiada tingkap pun di sebelah. Kesian, kan?

Anda pernah tak mengalami pengalaman malang sebegitu? 

Di laman Twitter, seorang wanita yang dipercayai Pramugari Malaysia Airlines berkongsi tips bagi memilih window seat yang betul bagi mengelakkan penumpang berasa kecewa kerana ketiadaan tingkap di sebelah.

 

Menurut wanita tersebut, gambar pesawat yang dikongsikannya itu adalah jenis pesawat Boeing 737-800 yang mempunyai lorong tunggal dan beliau menyarankan untuk penumpang mengelak daripada membeli tempat duduk bernombor 8A kerana ia tidak mempunyai tingkap di sebelahnya.

Perkongsian dan tips berguna oleh wanita itu nyata mendapat perhatian netizen apabila sehingga kini ia telah diretweet sebanyak 9 ribu kali dan mendapat 9.2 ribu likes serta komen-komen yang turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan pemilihan tempat duduk dalam kapal terbang.

Menariknya, ada juga netizen yang berkongsi tips lain tentang cara bagaimana untuk memeriksa terlebih dahulu kedudukan tempat duduk dalam pesawat yang bakal dinaiki supaya tidak tersalah pilih.

 

Pengguna akaun Twitter @BenOlufsen itu mencadangkan kepada penumpang kapal terbang agar memeriksa dahulu sama ada tempat duduk yang mahu dipilih mempunyai tingkap atau sebaliknya dengan cara membuka laman web seatguru.com dan masukkan nombor penerbangan.

Dengan carian sebegitu, anda akan diberitahu tentang maklumat jenis pesawat dan gambar rajah susun atur tempat duduk menerusi warna hijau, merah atau kuning yang kesemuanya mempunyai kelebihan serta kekurangan yang akan dinyatakan seperti gambar di bawah ini.

Atau dalam erti kata lain, penumpang yang nakkan tempat duduk bertingkap perlu mengelak daripada memilih 8A, 8F, 9A dan 9F jika pesawat anda juga jenis Boeing 737-800 dengan varian berbeza.

Semoga dengan tips ini, anda semua tidak akan lagi tersalah memilih tempat duduk pesawat yang membosankan tanpa pemandangan cantik dari luar tingkap! Selamat bercuti!

 

Destination: