Thailand Bakal Cadangkan Songkran Sebagai Warisan Budaya UNESCO
TERKINIKementerian Kebudayaan Thailand baru – baru ini mengumumkan bagi mengekalkan serta mempromosikan warisan budaya mereka, mereka akan mencadangkan festival Songkran kepada UNESCO bagi dimasukkan sebagai salah satu daripada Warisan Budaya UNESCO.
Terkenal sebagai festival air terbesar di dunia, Festival Songkran tahun hadapan bakal diadakan pada 13 hingga 15 April di seluruh Thailand.
Proses penyenaraian festival Songkran ini akan dilakukan secepat mungkin dan selain Songkran, Thailand juga bakal mencalonkan Tom Yum Kung untuk dimasukkan sebagai warisan dunia kepada UNESCO juga.
Keputusan pencalonan ini bakal diumumkan menjelang 2022.
Setakat ini, UNESCO telah menerima Nuad Thai, urutan tradisional Thailand sebagai pencalonan untuk ‘List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity’ atau Senarai Warisan Budaya (Kemanusiaan).