Larangan Masuk Kenderaan Ke Bromo Sehingga Februari 2020

TERKINI
January 06, 2020 - 04:08 PM


Bermula 23 Januari sehingga 25 Februari, kawasan tarikan pelancongan popular, Gunung Bromo bakal melarang kemasukan kenderaan bermotor dan langkah ini dilakukan bagi memberikan ‘rehat’ serta mengembalikan ekosistem alam sekitar selain menghormati adat budaya Suku Tengger.

‘Car Free Month’ atau Bulan Bebas Kenderaan Bermotor di kawasan Bromo ini bakal dilakukan bermula 23 Januari sehingga 25 Februari 2020.

Selain memberi ruang untuk pemulihan alam sekitar dan ekosistem, larangan ini juga dilakukan bagi menghormati Suku Tengger yang menyambut wulan Kepitu (bulan ketujuh) yang juga merupakan bulan suci.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mereka menunggu pengesahan dari dukun dan tokoh adat Suku Tengger.

Sepanjang bulan bebas kenderaan ini, semua jenis kenderaan bermotor dilarang untuk memasuki kawasan bermula dari Laut Pasir Tengger, Savana Telletubies dan sekitarnya. Ini juga dilaksanakan di semua pintu masuk ke gunung berkenaan seperti di Coban Trisula, Jemplang, Malang, Penanjakan, Tosari dan Pasuruan.

Walaubagaimanapun, destinasi pelancongan tersebut masih dibuka untuk orang awam dan perkhidmatan seperti menggunakan kuda, jalan kaki atau tandu. Pengecualian penggunaan kenderaan hanya untuk tujuan kecemasan dan ururan pejabat pemerintahan.

Selain menghormati bulan kepilu tersebut, bebas kenderaan di kawasan Bromo diharapkan mampu memberikan impak positif kepada kawasan persekitaran dan salah satu daripadanya keadaan alam sekitar yang agak teruk terjejas akibat dari aktiviti pelancongan. 

Destination: