15 Kawasan Riadah Air Ini Dikategorikan Sebagai "Hot Spot" Oleh Bomba!
TERKINIBila setiap kali musim cuti sekolah atau hujung minggu, mesti ramai ibu bapa yang suka bawa anak-anak beriadah atau berpiknik ke tempat rekreasi air yang ada di negara kita.
Maklumlah Malaysia, kan banyak lokasi semulajadi seperti air terjun, sungai, tasik dan pantai yang indah-indah serta sejuk airnya untuk aktiviti mandi-manda.
Tetapi, tahukah anda bahawa di seluruh negara sebenarnya terdapat 15 kawasan panas atau "Hot Spot" yang mempunyai risiko tinggi untuk berlaku kes mati lemas yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia?
Berikut adalah senarai 15 kawasan "Hot Spot" yang harus kita elak atau lebih berhati-hati sekiranya berkunjung ke sana untuk melakukan aktiviti air bersama keluarga terutama anak kecil :-
KAWASAN AIR TERJUN
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
Sekayu, Terengganu
Lata Berembun, Raub, Pahang
Chamang, Bentong, Pahang
KAWASAN SUNGAI
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor
KAWASAN PANTAI
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
Teluk Bahang, Pulau Pinang
KAWASAN LOMBONG/EMPANGAN
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor
Bila dah tahu semua senarai lokasi riadah yang berbahaya di atas, andai kata anda tetap nak pergi pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan apa-apa pun utamakan keselamatan diri melebihi segalanya ya.
Sumber: KPKT Malaysia