D'Virtual Park - Taman Tema Hologram Pertama Malaysia Ada Di Sarawak, Dibuka Mac Ini
TERKINIWow, sejak zaman dah serba canggih dengan peralatan teknologi moden ni --- sekarang nak melancong atau bercuti pun boleh guna alatan digital sahaja.
Kalau korang nak merasai pengalaman mengunjungi taman tema secara realiti maya menggunakan teknologi hologram yang pertama seumpamanya di Malaysia, korang boleh cuba di D'Virtual Park, Kota Samarahan, Sarawak.
Taman itu bakal menampilkan 7 tarikan yang dilengkapi teknologi canggih seperti kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan yang menyeronokkan serta medan pertempuran maya.
D-Virtual Park juga telah menyesuaikan permainannya agar ia boleh dinikmati oleh semua pemain yang memiliki kemahiran berbeza-beza serta direka bagi mengoptimumkan keutaamaan mengikut individu.
Bukan itu sahaja, taman tema maya itu juga antara perintis yang memberikan pengunjungnya peluang merasai sendiri pengalaman menonton pertunjukan teater hologram yang disesuaikan dan menawarkan pengalaman sinematik paling revolusi,
Taman berkenaan dijadual dilancarkan pada minggu pertama bulan Mac ini dan sekarang ianya sudah hampir siap sedia untuk dibuka kepada orang ramai.
D'Virtual Park ditempatkan di 9 blok bangunan tiga tingkat dengan kawasan seluas 5,130 kaki persegi secara kerjasama dengan Borneo Start-up.
Taman berkenaan menyasarkan kunjungan 500,000 daripada jumlah keseluruhan 3.87 juta pelancong yang bercuti ke Bumi Kenyalang itu.
D'Virtual Park dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM13 juta, yang mana RM8 juta adalah bagi pembangunannya manakala baki RM5 juta adalah bagi kerjasama dengan syarikat pemula niaga yang akan menyumbang teknologi mereka bagi taman itu.
Sumber: Bernama