Selepas Rasmi Ditutup Januari Lalu, Taman Tema MAPS Akan Beroperasi Semula?
TERKINISiapa yang belum berkesempatan untuk mengunjungi Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak yang telah ditutup secara rasmi pada awal tahun ini?
Ini ada satu khabar gembira untuk anda!
Hari ini, Kerajaan Negeri Perak memberi gambaran bahawa taman teman berkenaan mempunyai harapan untuk dibuka semula memandangkan beberapa usaha sedang giat dijalankan bagi menarik para pelabur swasta mengambil alih pengurusan dan merancakkan semula taman tema tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, taman tema berkenaan mempunyai harapan untuk dibuka semula dan pihak yang berkaitan kini sedang mencari operator untuk mengambil alih.
"Memang harapannya begitu (dibuka semula) tetapi sekarang ia di bawah proses pencairan aset dan mereka cuba mencari operator untuk mengambil alih pengurusan.
"Jadi ada harapan MAPS untuk dibuka semula, tetapi ianya bukan di bawah kerajaan negeri lagi tetapi di bawah syarikat swasta," katanya selepas merasmikan Pameran Promosi Perak sebagai 'Green State' di Ipoh, hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menetapkan jangkamasa pembukaan semula taman tema berkenaan.
Sebelum ini, MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta telah mengejutkan negara dengan berita penutupannya pada 28 Januari lalu.
Sumber: Harian Metro
Artikel berkaitan : Taman Tema MAPS Perak Akhirnya Ditutup