Taman Tema MAPS Perak Akhirnya Ditutup

TERKINI
January 28, 2020 - 09:59 AM


Taman Tema Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali sebagai MAPS pada hujung minggu lalu difahamkan telah ditutup sehingga satu tarikh yang akan diberitahu atau mungkin akan terus ditutup sekiranya tidak diambil alih oleh mana – mana syarikat swasta.

Sebelum ini, taman tema tersebut pernah ditutup sementara gara – gara bekalan elektrik ke premis berkenaan dipotong sebelum disambung semula sehari kemudian.

Minggu lalu, kami difahamkan MAPS telah mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir dan ini boleh disaksikan pada persembahan penutup yang distream secara live di Facebook mereka semalam.

Caption live video mereka berbunyi “MAPS Last Call Performance” dan ini mengesahkan lagi status penutupan taman tema tersebut selain ruangan komen dibanjiri ucapan – ucapan pengunjung yang rata – rata sedih akan penutupan taman tema ini.

Menurut satu posting yang kami temui, difahamkan MAPS dibelenggu masalah hutang selain tidak membayar gaji serta caruman KWSP kepada pekerja mereka. 

[UPDATE]Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

p/s : Pihak MAPS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, kami akan update dari semasa ke semasa

Destination: