Setelah Dibiarkan Terbengkalai, MAPS Ipoh Akhirnya Dilelong Dengan Harga RM520 Juta

TERKINI
February 25, 2022 - 04:40 PM


Akhirnya, kesudahan yang paling tidak diingini berlaku. Taman tema di Perak yang terkenal dengan beberapa isu sejak berbulan-bulan lalu akhirnya telah diiklankan untuk dijual. Notis jualan Maps atau Movie Animation Theme Park yang dikeluarkan oleh salah satu akhbar tempatan telah menarik perhatian ramai selepas taman tema ini dilaporkan mengalami kerugian dan dilanda dengan isu pengurusan yang lemah.

Menurut laman Business Today, EY adalah firma yang dilantik untuk menguruskan notis penutupan mengeluarkan iklan dalam akhbar harian tempatan baru-baru ini.

Taman itu diwujudkan daripada usaha sama antara Perak Corporation Berhad dan Kumpulan Sanderson dan pada asalnya dirancang untuk dibuka pada 2015 tetapi tarikh pembukaannya ditangguhkan sehingga Jun 2017.

Ia merupakan taman tema pertama berkonsepkan berasaskan animasi sepenuhnya di Asia, mengandungi tarikan daripada DreamWorks Animation dan The Smurfs yang dibina dengan kos RM520 juta. Pengunjung juga dihidangkan dengan animasi tempatan seperti Boboiboy dan karya kreatif lain.

Dibina di atas tanah seluas 52 ekar, taman tema ini terletak berhampiran dengan Perak Techno Trade Centre di Bandar Meru Jaya dan merupakan tarikan terbesar di negeri ini sebelum bilangan pelawat mula menurun dan perubahan waktu operasi yang mengelirukan pengunjung.

MAPS akhirnya menghentikan operasi pada Januari tahun lalu akibat masalah kewangan dan tiada tempoh yang ditetapkan bagi penutupan tersebut. Hartanah ini katanya dijangka dapat dijual pada 1 April 2022 seperti yang dinyatakan di dalam iklan.

Destination: