Kini Melancong Ke Perak Lebih Mudah Dengan Aplikasi 'Perak Pass Plus'
TERKINISelain terkenal dengan beberapa daerah pelancongan domestik seperti Ipoh, Taiping, Lenggong dan Kuala Kangsar -- Perak antara negeri pilihan untuk percutian 'weekend getaway' atau cuti hujung minggu.
Kini segala perancangan percutian anda ke Perak akan lebih mudah dan lancar dengan adanya "Perak Pass Plus" (PPP) iaitu sebuah aplikasi pendigitalan melalui Tourism Perak untuk mempromosikan produk pelancongan di negeri tersebut.
Aplikasi PPP ini boleh dimuat turun bermula Rabu (1 Jun) menerusi Apple App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.
"Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan maklumat dan baucar bersama pemain industri yang akan memberikan impak tambahan kepada pengunjung domestik dan antarabangsa bermula tahun depan,” kata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Melalui aplikasi PPP itu -- kesemua aktiviti berkaitan promosi boleh dilakukan secara digital, lebih mudah dan pantas yang berfungsi sebagai ‘booking engine’ seperti Booking.com, Agoda dan Lazada, namun lebih memberi fokus kepada produk pelancongan negeri.
Ia juga menawarkan perkhidmatan untuk tempahan hotel, pengangkutan awam, baucar makanan dan sebagainya.
Diharap buah tangan terbaru itu dapat terus menarik kehadiran pelancong domestik ke negeri ini, sementara menunggu kelonggaran kehadiran pelancong antarabangsa pada tahun depan.
Sumber: Bernama