Nak Cari Tandas Awam Berdekatan Anda? Gunakan Aplikasi MyWC!

TERKINI
September 13, 2019 - 11:04 AM


Pernah tak bila kita tengah seronok jalan-jalan atau bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, tiba-tiba terasa nak buang air? Masa tu memang macam tak cukup tanah kita berlari cari tandas kan.

Sekarang anda dah tak perlu risau lagi, hanya gunakan aplikasi mudah alih yang dipanggil "MyWC" atau My Water Closet yang berpandukan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan jarak tandas awam dari pengguna akan segera diketahui dalam pencarian tersebut.

 

Aplikasi yang dibangunkan Jabatan Kerajaan Tempatan itu juga membolehkan pengguna mendapatkan maklumat tandas berdasarkan penarafan bintang, tandas berbayar dan tidak berbayar.

Malah, maklumat seperti tandas dilengkapi keperluan orang kurang upaya dan kemudahan bilik tukar lampin bayi juga boleh diketahui.



Sebanyak 2,625 buah tandas telah dimuat naik ke aplikasi MyWC itu yang merangkumi tandas awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT), perhentian awam, sekolah, restoran, stesen minyak, kawasan pelancongan, pusat beli-belah dan pejabat kerajaan di seluruh negara.

MyWC menggunakan data yang diperoleh daripada pengkalan data asas yang dinamakan Daftar Tandas Awam Seluruh Malaysia (DATAM).


Sumber: Bernama

Destination: