AirAsia Lancar Aplikasi Baru 'Super ASEAN', Offer Diskaun Sampai 90 Peratus Tu!
TERKINILaman web airasia.com tampil dengan identiti baharu sebagai sebuah 'Aplikasi Super ASEAN' dalam melengkapkan transformasi daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup komprehensif untuk semua.
Aplikasi terbaharu tersebut menawarkan pengalaman pengguna lebih mudah, pantas dan lancar untuk mengakses lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah 3 kategori utama iaitu perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan.
Bagi meraikan kejayaan pelancaran aplikasi ini, laman web itu memperkenalkan "Jualan airasia.com Super Sale" yang pertama untuk menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang popular sebelum ini.
Jualan terbesar di rantau ini akan berlangsung bermula Isnin ini, 12 Oktober (10 pagi) sehingga 18 Oktober 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus dalam semua kategori produk di aplikasi super airasia.com dan laman web airasia.com.
Menerusi airasia.com, bukan sahaja tiket penerbangan ditawarkan -- bahkan penginapan, beli-belah, makanan dan banyak lagi, semuanya dalam satu aplikasi super!
Aplikasi super itu menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan membolehkan mereka membayar dengan BIG Poin untuk pelbagai produk serta bayaran boleh dibuat hanya dengan satu klik.
Dalam perkembangan sama, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk pakej SNAP (penerbangan dan hotel) daripada RM88 seorang; diskaun sehingga 90 peratus untuk beli-belah di airasia shop.
Nikmati juga diskaun 50 peratus untuk pelbagai makanan di airasia food (sebelum ini dikenali sebagai (OURFOOD) dan airasia fresh (sebelum ini dikenali sebagai OURSHOP).
Untuk penerbangan domestik nikmati diskaun 50 peratus dan 10 peratus untuk syarikat penerbangan lain ke 3,000 destinasi seluruh dunia.
Tak cukup dengan itu, nikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai aktiviti, 20 peratus untuk hotel, 20 peratus untuk promosi tanpa had dan banyak lagi.
Istimewa untuk pelanggan beragama Islam, nikmati diskaun 10 peratus untuk perkhidmatan Aqiqah Antarabangsa dan Aqiqah Mekah menerusi IKHLAS.
Pengguna juga boleh mengumpul BIG Poin sebanyak dua kali ganda dalam tempoh jualan ini, dan membayar menggunakan BIG Poin untuk pembelian yang dibuat di airasia.com.
Pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran dengan lancar dengan ciri ‘One-Click’ menggunakan kad BigPay. Pemegang kad Visa pula boleh menikmati lebih penjimatan selaku rakan jualan airasia.com Super Sale.
Sumber: Newsroom AirAsia