AirAsia Tawar Diskaun Hebat Pada Tahun Baru 2021

TERKINI
January 07, 2021 - 07:39 AM


Pada tahun baru 2021 ni kaki travel boleh melonjak kegembiraan apabila salah satu syarikat penerbangan di Malaysia, AirAsia, membuat jualan Big Sale yang menawarkan diskaun kaw-kaw bersempena Cuti-Cuti Malaysia 2021. Ketua Pegawa Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, AirAsia bersedia untuk kembali terbang tinggi.

Jangan risau, pihak AirAsia telah meningkatkan kesemua langkah-langkah keselamatan dan prosedur kebersihan dan kesihatan yang ketat bagi tetamu yang bakal terbang bersama mereka. Antara promosi yang ditawarkan adalah tambang serendah RM12 dari:

  • Johor Bahru - Ipoh / Kota Bharu
  • Kuala Lumpur - Alor Setar /  Johor Bahru / Kota Bharu / Kuala Terengganu
  • Pulau Pinang - Kota Bharu / Langkawi

AirAsia juga memberi promosi pakej SNAP yang menawarkan percutian 3 hari 2 malam termasuk flight pergi balik yang bermula pada harga RM89 seorang! Diskaun lain juga turut ditawarkan seperti:

  • 60% untuk tempahan hotel
  • 20% untuk beg melebihi 25 kilogram
  • 20% untuk tempahan duduk Hot Seat
  • 10% untuk hidangan dalam flight

Jangan lepaskan peluang korang ya kerana termpahan ini dibuka dari 4 Januari hingga 10 Januari sahaja di laman web mereka. Korang boleh klik di sini untuk membuat tempahan. Semua tempahan ini adalah valid untuk penerbangan dari 11 Januari hingga 30 Oktober 2021 sahaja ya. Selamat bercuti!

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: