MYexperience Tawarkan 500 Pakej Niche Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

TERKINI
February 25, 2020 - 10:41 AM


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020), baru – baru ini Tourism Malaysia telah melancarkan sebuah pakej pelancongan yang dipanggil MYexperience yang mana ia akan mempromosikan produk – produk minat khas (niche product) yang ada di Malaysia.

Pakej – pakej niche ini mendapat penglibatan 109 pengusaha pelancongan berdaftar di Malaysia dan dalam masa yang sama mereka dapat mempromosikan pakej – pakej menarik sempena TMM2020 di booklet MYexperience.

Sebagai contoh, antara perkara yang ditawarkan adalah seperti bengkel mencanting batik, pakej dan kelas selaman scuba di ‘hotspot’ seperti Tioman dan Sipadan, dan banyak lagi.

Senarai penuh pakej Myexperience boleh diperolehi di www.malaysia.travel dan laman sesawang agensi pelancongan yang terlibat.

Difahamkan, pakej yang ditawarkan mempunyai tempoh sah laku sehingga hujung Disember 2020 dan ia meliputi 23 segmen seperti pelancongan sukan, ekologi, perubatan, pendidikan, gastronomi, gaya hidup dan lain – lain.