Jawab Survey COVID-19 & Anda Berpeluang Menang Penginapan Di Grand Ion Delemen Hotel, Genting!
PILIHAN EDITORSeperti yang kita sedia maklum, negara kini sudah memasuki gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari lalu selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu.
Sejak dilanda gelombang kedua penyebaran wabak itu nampaknya kes jangkitan baru meningkat saban hari menjadikan sehingga semalam (9 Mac 2020), Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 seramai 117 orang dan 2 kes lagi masih dalam Unit Kecemasan Rapi (ICU).
Malah ada yang menyifatkan kes COVID-19 di Malaysia adalah "kedua paling teruk di Asia Tenggara"!
Namun malangnya dalam pada setiap hari kes bertambah, syarikat penerbangan juga dikesan terus-menerus 'menggoda para traveller' dengan menawarkan tiket giler-giler murah dan Pas Tanpa Had terutama ke negara-negara yang merekodkan kes COVID-19 yang sangat kronik -- hingga ada yang mendakwa ia sebagai "tiket membunuh diri"!
Kami di Rileklah pun ingin mengetahui sejauh mana pandangan anda mengenai situasi semasa COVID-19, adakah ia benar-benar mempengaruhi rancangan perjalanan atau percutian yang telah dirancangkan?
Hanya luangkan masa selama 5 minit untuk menjawab survey atau kaji selidik di bawah dan anda berpeluang menjadi pembaca bertuah kami memenangi penginapan 2 HARI 1 MALAM beserta SARAPAN PERCUMA untuk 2 orang di HOTEL GRAND ION DELEMEN, Genting Highlands.
Menarik, kan? Jadi jom sertai kami untuk jawab survey di bawah!