Taiwan - Palau Rasmikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa Pertama Asia

PILIHAN EDITOR
May 06, 2021 - 02:29 PM


Selepas lebih setahun pandemik melanda, gelembong pelancongan antarabangsa Asia yang pertama akhirnya dirasmikan antara Taiwan dan Republik Palau. 

Kedua negara tersebut telah membuka laluan bagi penduduk di kedua-dua buah negara untuk melancong ke pergi dan pulang tanpa memerlukan kuarantin, namun masih mengikuti tatacara yang sudah ditetapkan. 

Gelembung tersebut dilancarkan pada 1 April dan pesawat pertama yang meninggalkan Taoyuan Internation Airport, Taipei, China Airlines berlepas ke Palau pada jam 2:30, dan mendarat pada 7:30 petang waktu Palau. 

Walaubagaimanapun, peraturan yang ditetapkan adalah sangat ketat, pelancong perlu berada di lapangan terbang 5 jam sebelum waktu berlepas untuk diberikan ujian Covid19, dan keputusan ujian dijangka siap pada jam 1 tengahari, sebelum kesemua pelancong dibenarkan menaiki pesawat. 

Bukan itu sahaja, pelancong juga hanya dibenarkan melancong melalui agensi-agensi pelancongan yang diberikan pelepasan oleh kerajaan masing-masing, dan perlu tertib pada jadual perjalanan yang ditetapkan. Tarikan, dan hotel juga hanya ditetapkan oleh pihak agensi, selain pemakaian pelitup muka pada setiap masa adalah wajib.