Korang Tahu Tak China Dah Haramkan Bangunan Pencakar Langit? Ini Sebab Dia
PILIHAN EDITORPencakar langit pertama dibina pada tahun 1880-an, dan sejak itu semakin banyak negara berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit bagi menonjolkan nama mereka di atas peta dunia.
Kita semua pun tahu negara China adalah negara yang maju, disokong oleh ekonomi mereka yang pesat, dan geografi yang terus berkembang. Antara fakta yang menarik tentang pencakar langit di China adalah, mereka telah membina lebih banyak pencakar langit sejak 30 tahun yang lepas, berbanding Amerika Syarikat sepanjang satu abad.
Disokong pula dengan peraturan perancangan bandar yang agak longgar dan modal kewangan yang tidak terbatas, bandar-bandar di seluruh China telah berubah dari pusat wilayah kecil menjadi metropolis yang paling padat di atas muka Bumi.
TETAPI, tatkala bangunan-bangunan mereka sedang gah, dan turut dinamakan sebagai antara yang tertinggi di dunia, kerajaan mereka telah membuat keputusan untuk menghentikan pertumbuhan pesat pesat bangunan pencakar langit.
Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar China telah mengeluarkan notis yang memperkenalkan langkah-langkah untuk "memperkukuhkan pengurusan ciri bandar dan seni bina" yang bakal menyekat perancangan secara suka hati dan pembinaan bangunan pencakar langit, serta tidak membenarkan bangunan baru melebihi 500 meter ketinggian.
Selain itu, notis tersebut turut menyekat pembinaan bangunan melebihi 250 meter, kecuali pembangunan yang betul-betul diperlukan, namun bangunan-bangunan yang diberikan kebenaran akan perlu ditinjau secara
mendalam oleh pihak bomba, pihak berkuasa gempa bumi dan juga anggota
Bukan itu sahaja, kelulusan menara melebihi 100 meter turut perlu diperketatkan prosesnya, bangunan bersejarah dan kawan semula jadi perlu dilindungi, dan budaya Cina perlu diwakili dengan lebih baik.
DILARANG CIPLAK
Lebih mengejutkan lagi, dasar baru tersebut turut melarang seni bina yang ditiru. Kita semua tahu yang china terkenal dengan bangunan replika, ataupun tiruan, sampai bandar Paris pun dorang boleh tiru sebijik, korang boleh baca di sini.
Walaupun tiada alasan yang khusus untuk menghentikan pembinaan ciplak yang baru, kerajaan mereka sebenanya telah merancang untuk memperkenalkan idea tersebut sejak dulu lagi.
BEBAN KEWANGAN
Perkembangan yang pesat di China bukan semata-mata gah di mata dunia, sebaliknya pembangunan tersebut adalah perlu demi menampung penduduknya yang ramai.
Menara Shanghai (632 meter), sebuah pencakar langit yang menjadikan China lebih terkenal turut memakan kos yang tinggi untuk disiapkan. Tidak cukup dengan itu, bangunan tersebut berhadapan dengan masalah mencari penyewa disebabkan pelan lantai bangunan yang tidak efisyen.
Selain itu, projek melebihi 300 meter biasanya memakan masa melebihi 5 tahun untuk disiapkan, dan dalam jangka masa tersebut, gelombang ekonomi boleh berubah, dan menyebabkan kerugian terhadap pemaju. Dengan kebanyakan pemaju dan kontraktor China adalah separa kerajaan, beban kewangan tersebut turut ditanggung oleh kerajaan mereka.
Antara kes yang melampau, projek Goldin Finance 117 setinggi 596 meter di Tianjin dan projek Wuhan Greenland Center setinggi 477 meter, kedua-duanya ditangguhkan tanpa had dan terbiar menghiasi langit
sebegitu sahaja.
Projek Goldin Finance 117 bermula pada tahun 2008, namun terhentu sebanyak dua kali dan belum siap sehingga kini.
Kerajaan China kini mungkin bakal beralih tumpuan untuk pembangunan penempatan, dan daerah-daerah besar yang dirancang untuk mewujudkan bandar-bandar yang lebih ekonomik, hijau, dan indah untuk rakyat mereka.
Terkini, ketinggian Pusat Suzhou Hungam dikurangkan dari 729 meter kepada 499 meter, petanda bahawa ketinggian pencakar langit China sudah sampai ke penghujungnya.
Sumber: Iluminasi