Hotline Bantu Warga Emas Dapatkan Barangan Keperluan Harian, Usaha Murni Wakil Rakyat Setempat

TERKINI
March 20, 2020 - 10:35 AM


Situasi penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin meningkat dari hari ke hari walaupun telah diwartakan Perintah Kawalan Pergerakan. Sehingga semalam (Khamis), 900 kes positif dicatatkan dan bilangan ini pastinya tidak berkurangan sekiranya orang awam terus berdegil dengan saranan kerajaan supaya tidak keluar rumah.

Salah satu penyebab jangkitan ini adalah fenomena ‘panic buying’ yang melanda baru – baru ini walaupun dengan jaminan Perdana Menteri bahawa bekalan makanan mencukupi. Orang ramai yang panik membuat pembelian secara pukal dan keadaan menjadi tidak terkawal di beberapa kawasan.

Sedar akan perkara ini, beberapa pasar raya telah memberikan waktu khas selama 30 minit bagi warga emas supaya golongan ini boleh membeli barangan keperluan mereka dengan selesa, selamat dan tanpa persekitaran pasar raya yang sesak (yang sebenarnya meningkatkan risiko jangkitan).

Tiga Ahli Parlimen di kawasan yang berbeza telah mengadakan satu inisatif bagi mempermudahkan proses untuk warga emas ini untuk mendapatkan bahan makanan mereka iaitu dengan menyediakan ‘hotline’.

Difahamkan, dengan adanya perkhidmatan ini, warga emas di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Pulau Pinang boleh memesan barangan keperluan harian melalui panggilan atau Whatsapp sahaja.

#1. Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad

Bagi penduduk di sekitar Setiawangsa, Ahli Parlimen ini telah menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit untuk warga emas.

Hanya perlu Whatsappkan senarai barangan yang diperlukan, warga emas kemudian hanya perlu memberikan nama penuh, no kad pengenalan serta alamat dan terus membuat bayaran.

Difahamkan, tiada caj servis atau penghantaran yang dikenakan.

Maklumat penuh ada di bawah :

Hotline: +6013-3341445

Cara Pesanan : WhatsApp sahaja

Bayaran Online : 8603314838 (CIMB Bank)

Tempoh Penghantaran : dalam masa 24 jam (10 pagi hingga 5 petang)

Syarat : Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Talian Bantuan : +03-41314293 / +6018-3589388

 

#2. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar

Inisiatif yang sama turut dilakukan oleh YB Nurul Izzah bagi penduduk Pematang Pauh terutama golongan B40 terutamanya yang mempunyai anak yang memerlukan keperluan khas, warga emas yang tinggal berseorangan dan mereka yang mendapat bantuan kerajaan.

Difahamkan, 15 orang petugas sukarela akan membantu dalam menyediakan perkhidmatan ini. Selain barangan runcit, perkhidmatan ini turut membantu warga emas untuk mendapatkan bekalan ubat – ubatan di farmasi.

Maklumat penuh ada di bawah :

Hotlines: +6017-4777313 (Captain Amir) / +6013-5880917 (Nur Syafina)

Waktu Penghantaran : Dalam masa 15 minit

Waktu Operasi: 6pm to 10pm

Syarat Perkhidmatan : Hanya disediakan kepada warga emas yang menetap di Permatang Pauh (Seberang Jaya, Penanti, and Permatang Pasir)

 

#3. Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Bekas Timbalan Menteri Pelancongan yang juga ahli parlimen Balik Pulau ini turut menyediakan inisiatif yang sama di kawasan beliau di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Maklumat penuh ada di bawah :

Hotline: +6019-5214014

Bayaran Online : 07040001298719 (Bank Muamalat)

Waktu Operasi: 6pm to 10pm

Syarat Perkhidmatan: Hanya kepada warga emas yang menetap di Balik Pulau, George Town

Diharapkan, inisiatif ahli – ahli parlimen ini tidak dipandang sebagai usaha politik, sebaliknya dalam pada masa yang kritikal ini, kita sebagai orang awam sepatutnya memberikan sumbangan. Setidaknya dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan.

Tolak ketepi sentiment politik buat sementara waktu dan ini bukanlah waktu yang sesuai untuk menyebarkan aura negatif lebih – lebih lagi mula menunding jari mencari salah.

TIDAK! Ini bukan masanya. Kita perlu berjuang sama – sama menentang COVID-19!

Diharapkan ramai lagi ahli parlimen mengadakan inisiatif seperti ini kepada orang awam di kawasan mereka.