'Jangan Ambil Ringan Omicron, Ia Berisiko Membunuh' - WHO
TERKINI"Jangan ambil mudah dengan varian Omicron kerana ia juga boleh membawa maut!"
Itu amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada masyarakat dunia agar tidak memandang ringan terhadap penyebaran varian Covid-19 Omicron atas alasan ia juga berisiko untuk menyebabkan korban.
Kajian terbaru menunjukkan, Omicron akan mengurangkan komplikasi sekiranya dijangkiti -- tidak seperti varian-varian sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus -- kes jangkitan yang meningkat mendadak mengakibatkan banyak sektor perkhidmatan kesihatan semakin berada dalam tekanan.
Pada Isnin lalu (3 Januari) -- Amerika Syarikat merekodkan lebih sejuta kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kes global juga dilaporkan meningkat sebanyak 71 peratus minggu lalu, 90 peratus daripadanya melibatkan mereka yang tidak divaksinasi.
"Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding Delta, terutamanya bagi mereka yang divaksinasi, tidak bermakna ia boleh dikategorikan sebagai ringan," kata Tedros pada satu sidang media, Khamis.
Omicron sangat cepat menular dan berupaya menjangkiti individu lain walaupun sudah menerima vaksin sepenuhnya.
Bagaimanapun, vaksin masih penting kerana ia membantu melindungi daripada komplikasi teruk sehingga dimasukkan ke hospital.
Risiko Omicron juga, menurut pakar, berkemungkinan mengurangkan 70 peratus kemasukan ke hospital.
Sumber: Astro Awani