6 Skil Baharu Yang Anda Boleh Belajar Sambil #DudukDiRumah
GAYA HIDUPMemasuki minggu ke-3, Perintah Kawalan Pergerakan; pastinya boleh dikatakan segenap pelusuk rumah anda dah ‘explore’. Kami berharap anda kekal kuat bagi menempuh tempoh yang berbaki sekitar 15 hari sahaja lagi.
Jika anda sudah kehabisan siri untuk ditonton, habis idea mahu meluangkan masa (selain perlu bekerja dari rumah), sebenarnya ada beberapa perkara yang kami nak cadangkan; ada banyak perkara baharu atau skill yang anda boleh pelajari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
#1. Belajar Bahasa Baru
Untuk kaki travel, pastinya ini akan membantu anda satu hari nanti. Walaupun tempoh singkat, mungkin anda boleh bermula di sini.
Bila dah mula, pastinya saying nak berhenti kan? Jadi, mungkin kalau tak kuasai sepenuhnya, anda dah boleh belajar dan hafal beberapa ayat perbualan mudah.
Untuk belajar bahasa baru ini, ada beberapa aplikasi yang korang bolwh cuba di App Store mahupun Play Store, tinggal muat turun, dan belajarlah dari sana. Kalau versi website, boleh cuba di duolingo, ataupun cari bahasa yang anda nak pelajari di Open Culture.
#2. Main Alat Muzik
Walaupun agak sukar (kerana perlukan alat muzik) pastinya mepelajari untuk bermain sesuatu alat muzik adalah salah satu skill yang boleh anda cuba sepanjang tempoh #DudukDiRumah ini.
Boleh belajr main ukulele, harmonica dan apa sahaja yang korang hajati. Dengan syarat, tidak meninggalkan rumah dan tidak menggangu jiran sebelah. Jangan pulak dah 3 pagi pun, masih sibuk ketuk drum pulak. Hehe.
#3. Belajar Kaligrafi
Jika anda seorang yang berseni, cubalah pelajari tulisan kaligrafi. Mana tahu, nak buat kad untuk harijadi teman kerja atau teman istimewa anda nanti, setidaknya adalah jugak skil tu.
Nak belajar secara online pun boleh, ada banyak sumber. Salah satunya adalah Procreate untuk yang gunakan iPhone, atau bukak je laman web Calligrascape. Ada banyak tutorial yang disediakan di sana.
Contohnya macam ini :
#4. Latihan Minda
Jujurlah, pasti ramai yang ‘tidak berpuas hati’ apabila sikap segelintir masyarakat menyebabkan tempoh PKP ini dipanjangkan dari 31 Mac sehingga tarikh yanag baru iaitu 14 April.
Tempoh yang dipanjangkan ini semestinya sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap mental dan ketajaman minda kita.
Kesihatan mental juga amat penting selain kesihatan fizikal, jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah meningkatkan ketajaman minda dengan melakukan beberapa latihan yang mencabar minda. Tengok Youtube dan Netflix hari – hari pun bosan jugak kan?
#5. Belajar Skil Baharu Dari Kursus Online
Percaya atau tidak, dengan kemudahan internet ini, kita mampu mendapatkan sijil hanya dengan belajar dari rumah.
Paling menarik, ada pelbagai platform berbayar dan percuma untuk anda pilih dan belajar mana – mana skill yang anda perlukan, misal contoh, saya sendiri mengambil kursus fotografi yang ada ditawarkan secara online di Allison. Ada beberapa platform lagi kalau rajin cari, contohnya Udemy, Coursera dan lain-lain.
Untuk mereka yang nak cuba belajar menghasilkan konten, youtube pun ada sediakan banyak kurus dan tutorial yang sangat berguna.