Gerbang Sterilisasi Canggih Dipasang Di Masjid Mekah & Madinah
TERKINIBagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung dalam kalangan jemaah yang mengunjungi atau beribadah di masjid-masjid besar di Mekah dan Madinah -- Kerajaan Arab Saudi telah melakukan inisiatif dengan memasang gerbang sterilisasi moden di pintu masuk masjid berkenaan.
Sebelum dibenarkan masuk ke masjid, setiap jemaah akan dipastikan melalui pintu gerbang tersebut yang mensterilkan orang dengan semburan antiseptik serta dilengkapi dengan kamera termal untuk mengesan suhu dari jarak enam meter.
Malah, ia juga dilengkapi dengan skrin pintar untuk membaca suhu, di mana ia dapat membaca suhu beberapa orang pada masa yang sama.
Bukan sahaja jemaah, bahkan semua pekerja di kedua-dua masjid tersebut diminta untuk melalui pintu-pintu gerbang sebelum memasukinya dan sistem itu sendiri akan disterilkan secara berkala.
Gerbang canggih telah dirasmikan oleh Presiden Umum Masjid Besar dan Masjid Nabawi, Syeikh Abdurrahman Abdil Aziz Assudais.
Menurut Saudi24, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak pemerintah yang telah mengambil langkah pencegahan sejak wabak itu melanda.
Sumber: Malaysia Gazette
-