Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Sepenuhnya Mulai Hari Ini, Tapi Joging Masih Dibenarkan!
TERKINIMay 28, 2020 - 02:58 PM
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.
Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman.
Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut.
Destination: