Giler Gempak Tempat Lepak Baru di KL Ni! Sambil Minum Boleh Layan Konsert, Wajib Pergi Minggu Nih

GAYA HIDUP
August 24, 2020 - 04:49 PM


Hujung minggu kebiasaannya adalah waktu yang cukup sesuai untuk keluar berjumpa kawan-kawan sambil lepak setelah berpenat lelah di tempat kerja. Dengan beban kerja yang banyak, kita sememangnya perlu sedikit ruang untuk diri sendiri menikmati kehidupan selain bekerja. 

Bagi mereka yang mencari tempat lepak atau "port membawang" bersama kawan-kawan di hujung minggu kami ingin memperkenalkan satu tempat lepak di Kuala Lumpur yang best dengan reka bentuk dalaman yang stylo sesuai dengan golongan muda sekarang. 

Sesuai dengan peredaran semasa, tempat ini boleh dikatakan khas mereka yang suka bergambar dan sangat Instagrammable. 

realme Design Studio yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala bukan sahaja tempat santai di hujung minggu, malah korang juga boleh menyaksikan konsert oleh artis-artis Indie yang satu ketika dahulu pernah menggegarkan dunia muzik tanah air.

Antara yang bakal menghiburkan korang nanti adalah artis-artis popular masa kini seperti ialah IamNEETA, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88, TujuLoca, Insomniacks, Zyn & Yonnyboi, Sophia Liana dan Bunga.

Konsert yang juga dikenali realme 828 Fans Festival ini akan berlangsung selama 3 hari bermula  28 Ogos 2020 sehingga 30 Ogos 2020. Jadi korang yang masih lagi tak ada sebarang perancangan pada minggu ini, apa kata korang datang sahaja lepak di realme Design Studio, sambil menikmati persembahan artis Malaysia yang best ini korang juga boleh lepak makan-makan dengan "geng" korang. 

Menariknya realme Design Studio ini juga, amat sesuai kepada mereka yang suka bergambar terutama para influencer di luar sana yang inginkan tempat yang sangat Instagrammable di KL. realme Design Studio ini juga terhasil sempena pelancaran secara rasmi program yang diberi nama “realme Trendsetters” di mana kesemua golongan pencetus trend dalam bidang rekaan dan penggayaan artis disatukan bagi bersama-sama merekacipta gajet teknologi trendsetter.

Dengan kata mudahnya ianya menggabungkan teknologi 5G dengan fesyen untuk gaya hidup golongan muda yang suka bergambar dan rata-rata mempunyai akaun media sosial yang ramai pengikut. 

Jadi korang SAVE THE DATE. Jom kita sama-sama memeriahkan lagi realme 828 Fans Festival pada hujung bulan ini. Korang yang datang juga berpeluang untuk menangi hadiah menarik sehingga RM100,000. Bukan itu sahaja selain konsert dari artis yang popular ada lagi aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini.

Jumpa di sana! Macam biasa jangan lupa SOP seperti biasa, pakai mask dan jaga jarak. 

realme 828 Fans Festival

Senarai artis yang bakal menghiburkan korang :

28 Ogos 2020 

  • IamNEETA (R&B) 
  • SOG (Sekumpulan Orang Gila) (Band) 

29 Ogos 2020 

  • Sufian Suhaimi (R&B) 
  • Floor88 (Band) 

30 Ogos 2020 (Countdown) 

  • TujuLoca (Rapper) 
  • Insomniacks (Band) 
  • Zyn & Yonnyboi (Rapper) 
  • Sophia Liana (Rapper) 
  • Bunga (Rapper) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by realme Malaysia (@realmemalaysia) on