Lebih Rasa, Lebih Drama Dengan Menu KFC Crunchy Tandoori Baharu
FOODIESetelah sekian lama menunggu akhirnya KFC dah ada menu baru untuk kita guys! Pada 18hb yang lalu, KFC telah mengeluarkan satu menu yang bernama KFC Crunchy Tandoori. Ianya merupakan gabungan rempah ratus dari Hot & Spicy dan masala tanduri yang eksotik untuk memberi satu rasa yang baru kepada pelanggan mereka.
Menu KFC Crunchy Tandoori ini diperbuat daripada rempah ratus termasuklah garam masala, jintan putih, halia, cili merah, dan serbuk bawang putih. Kemudiannya disaluti dengan rempah rahsia Hot & Spicy untuk gabungan meletup dan padu! Korang jangan lepaskan peluang pulak untuk makan menu baru ni kerana ianya hanya untuk waktu yang terhad je tau.
Dan Rileklah juga terima sample untuk kami review. Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar di bawah ni, memang nampak mengancam habis. Dan rasanya juga agak pedas, ada smoky flavor di setiap gigitan. Untuk orang yang minat pedas, korang akan dapat 'kick' yang korang suka dan untuk yang tak biasa makan pedas jangan risau, korang still akan bagi thumbs up untuk kesedapannya.
Jadi kalau korang teringin nak cuba menu baru ini boleh pergi ke cawangan KFC yang berdekatan. Macam biasa, korang boleh beli set combo yang ada coleslaw, mashed potato, dan air pada harga RM15.49. Atau korang boleh beli Box Meal yang ada Zinger burger dan Crispier Fries bersama seketul ayam Crunchy Tandoori.
Atau korang boleh menggunakan khidmat Pandu Ambil (Self Collect) di mana korang lansung tak perlu keluar dari kereta pun di lebih dari 250 cawangan seluruuh negara. Hanya perlu buat order di http://www.kfc.com.my/